CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7698|Reply: 4

Lelaki OKU Tebalkan Muka Kutip Makanan ‘Expired’ Supaya Anak Tak Kebuluran

[Copy link]
Post time 7-2-2025 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Kerana desakan hidup, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) fizikal terpaksa mengutip makanan tamat tempoh di kedai runcit dan pasar raya sekitar daerah ini bagi memastikan perut tiga anak dan isterinya terisi.


Jani Yusof, 62, yang mengalami kecacatan pada kaki berkata, pendapatan sebagai pengutip besi buruk bersama isteri, Maznah Abu Bakar, 43, sebanyak RM200 sebulan tidak mencukupi untuk menyara mereka lima beranak. Tiga anak pasangan itu berusia dua hingga lapan tahun.




Jani (kanan) bersama isteri dan anak-anak ketika ditemui di rumahnya di Kuala Nerus semalam.




“Saya terpaksa tebalkan muka kutip produk makanan seperti biskut, serbuk teh, kopi, rempah ratus dan susu pekat manis yang tamat tempoh, tapi masih elok.


“Saya juga akan membawa pulang bawang merah, bawang putih dan telur yang masih selamat dimakan untuk dijadikan lauk harian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Darat Batu Rakit di sini semalam.


Jani berkata, dia menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 dan RM4,000 setahun daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.


Wang simpanannya pula digunakan untuk membina rumah secara ala kadar. Kanvas dan kain rentang yang dikutip di tempat pembuangan sampah dijadikan dinding sementara kerana kekurangan modal. Kain perca pula digunakan sebagai pemisah tempat tidur dalam rumah tersebut.


Jani mengakui keluarganya kerap kebasahan kerana terkena tempias hujan sepanjang musim tengkujuh.


Lelaki itu merayu kepada mana-mana pihak membantunya membina rumah untuk ke­selesaan isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.


Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Jani bernombor 1110229000203323 atau menghubungi lelaki itu di talian 019-4133790.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bantuan 450 tu buat apa.
Cukup je ko beli lauk basah tiap hari
Ayam sekor rm18-20 boleh masak 2x utk 5 org isi rumah..

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:13 AM | Show all posts
kesilapan dimasa muda,
kesian pada anak2nya,
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:18 AM | Show all posts
hrp ko jgn beranak lg..bini muda lg umur 43 blh mtk keje lain biar laki urus ank sambil2 cr brg lusuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
2-8 tahun kecik lagi anak nya. 5 org pulak memang rapat2 ni. Iols reserve komen jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.370569 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list