CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4607|Reply: 0

Polis Rakam Keterangan 12 Individu Kes Tipu Isteri Along Cham

[Copy link]
Post time 7-2-2025 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Seramai 12 individu sudah dirakam keterangan setakat ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 yang dilapor isteri kepada seorang pelawak.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.




RAMLI Mohamed Yoosuf ketika sidang media khas di Menara KPJ, hari ini. FOTO Bernama.




Menurutnya, ketika ini siasatan sedang dilakukan terhadap beberapa akaun yang disyaki digunakan dalam penipuan berkenaan.


"Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang tindakan pembekuan akaun mengikut Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001," katanya, di sini hari ini.


Beliau berkata, wanita berusia lingkungan 20-an yang ditahan sebelum ini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan perniagaan yang tidak wujud di negeri berkenaan.


Katanya, semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh kes penipuan di lima negeri berbeza membabitkan keseluruhan kerugian berjumlah RM161,355.


Terdahulu media melaporkan, isteri kepada pelawak tampil membuat laporan polis terhadap seorang wanita, atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.


Wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.


Susulan itu, polis menahan suami isteri berhubung kes penipuan berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039600 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list