CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5591|Reply: 7

[Jenayah] Tak Boleh Fokus Kalau Lapar, Nak Pensyarah Benarkan Makan Dalam Bilik Kuliah!

[Copy link]
Post time 7-2-2025 07:47 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @sitiraudzah) apabila seorang pensyarah dikenali sebagai Siti Raudzah berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang makan dalam bilik kuliah sewaktu sesi syarahannya berlangsung.

Menurut Siti, beliau tiada masalah tentang perkara tersebut. Jelas beliau, kaedah sama juga dipraktikkan oleh penuntut yang belajar di Amerika Syarikat iaitu makan sambil belajar.

Bagaimanapun, Siti menegaskan bahawa kebenaran untuk makan dan minum di dewan kuliah adalah berdasarkan budi bicara pelajar bersama pensyarah masing-masing.

Sekiranya ada para pengajar yang lain tidak bersetuju, maka penuntut perlu hormati keputusan tersebut dan mendengar arahan.

“Jangan biadab. Kalau pensyarah tak suka kita makan dalam kelas dia, jangan buat. Kalau pensyarah tak suka kita pakai selipar pergi kelas, jangan buat.

“Sebabnya di universiti la kalian perlu belajar proses adaptasi. Ada pensyarah yang tegas, ada pensyarah mcm emak-emak, ada pensyarah jenis lantak kau la,” ujar Siti.

Ramai Setuju Rasa Lapar Akan Ganggu Fokus Belajar

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna X bersetuju dengan prinsip Siti yang membenarkan pelajar menjamah makanan sewaktu belajar dalam dewan kuliah.

Malah ada pelajar yang berkata dia hanya berniat untuk menjamah sedikit snek kerana mahu kekal fokus dalam kelas.

“Baru tadi kena, tak bagi makan. Padahal beli keropok keping je. Syarahan tiga jam. Nak tahan mengantuk tu. Kalau tak bagi mengunyah memang kelautlah (tidur) ceritanya,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu berpendapat tiada masalah untuk pelajar makan ketika dalam kuliah selagi mana ia tidak menganggu sesi tersebut.

“Kalau saya, minum boleh, makanan berat tak boleh. Snek ke roti tak kisah sangat, asalkan tidak ganggu proses pengajaran,” kata seorang lelaki.

Seterusnya, ada juga yang berpendapat otak pelajar tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya belajar dengan perut yang kosong.

Makanan Yang Tingkatkan Kecerdasan Otak

Perlu diingatkan, bukan semua jenis makanan mampu meningkatkan kecerdasan otak dan minda pelajar.

Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011 menunjukkan bahawa orang sihat yang makan makanan ringan selama lima hari mempunyai masalah ingatan.

Hal ini berkemungkinan terjadi kerana pengambilan makanan yang bertoksik secara berterusan.

Makanan segera. Sumber: Pexels

Oleh itu adalah penting untuk anda memilih makanan atau snek terbaik untuk diambil ketika sedang belajar. Antara makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan minda dan daya fokus adalah seperti:

    Avokado
    Beri biru
    Sayur-sayuran berdaun hijau
    Ikan seperti salmon, tuna dan sardin
    Telur
    Kekacang seperti walnut
    Coklat gelap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2025 07:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2025 07:48 AM | Show all posts
















Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:27 AM | Show all posts
sampah jangan buang merata-rata, yang penting kalau gemok, kos perubatan di Malaysia murah sebab subsidi RM1 je
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 08:43 AM | Show all posts
Setakat mkn finger food boleh la kot...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:30 AM | Show all posts
roti & kuih shud be ok.. kau jangan makan nasi lemak lauk sotong petai sambal pulak . satu dewan berbau nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
minum+makan coklat/candy pun dah cukup utk hilangkan ngantuk.
bedooh sgt nak mkn mcm2 pun, bau semerbak dewan tu berekon kot jenuh org thn nafas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk kelas kejap pun lapar. Patut ler negara obese
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057450 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list