CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38107|Reply: 19

Gaji RM1,700 Sesuai Untuk Hidup Di Kelantan, Tak Cukup Nak Bayar Pinjaman Pendidikan

[Copy link]
Post time 4-2-2025 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perlu memberi gaji setimpal mengikut tahap pendidikan selain pelaksanaan gaji minimum yang ditetapkan.


Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Airil Fitri Jalalludin, 25, berkata, gaji setimpal diperlukan oleh lepasan universiti kerana sudah mempunyai komitmen selepas tamat pengajian terutama bagi membayar pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Menurutnya, kadar yang dicadangkan mestilah melebihi gaji minimum RM1,700 seperti dikuatkuasakan ketika ini.




Gambar hiasan



“Nilai pendidikan seseorang itu membawa kepada nilai dan kualiti seseorang graduan dalam melangkah ke alam pekerjaan. Namun adalah tidak adil dengan memberikan kadar gaji minimum kepada para graduan yang sedaya upaya berusaha mendapatkan segulung ijazah.


“Mereka juga perlu menanggung beberapa kos selepas tamat pengajian seperti pembayaran hutang PTPTN dan beberapa komitmen lain,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau yang menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial itu bagaimanapun tetap menyambut baik peningkatan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan.


Menurutnya, nilai gaji minimum yang dirasakan munasabah untuk lepasan pendidikan tinggi dicadangkan bermula antara RM2,200 hingga RM2,800 bagi diploma, lepasan Ijazah Sarjana Muda berjumlah RM2,800 hingga RM3,500 manakala lepasan Sarjana pula dalam lingkungan RM3,500 hingga RM5,000.


Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Siti Soraya Maisarah Razali, 24, berkata, jurang perbezaan gaji minimum tidak menjadi halangan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda jika mereka bekerja di negeri sendiri dan berdekatan dengan keluarga.


“Tapi jumlah gaji itu tidak sesuai jika berada di beberapa negeri yang tinggi kos taraf hidup seperti Selangor.


“Gaji minimum RM1,700 sesuai dengan taraf hidup di Kelantan dan Terengganu,” katanya.


Sementara itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL, Wan Muhd Naim Abd Halim, 25, berpendapat, gaji minimum yang sesuai untuk graduan universiti ialah RM3,000.




Laporan Sinar Harian berhubung perbezaan gaji lepasan SPM, ijazah tidak adil.





“Gaji graduan sepatutnya dinaikkan terutama di beberapa kota besar termasuk di Kuala Lumpur, Johor atau Selangor yang tinggi kos taraf hidupnya,” katanya.


Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 yang berkuat kuasa pada Sabtu lalu memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta.


Bagaimanapun, perkara itu turut menimbulkan kegusaran dan mengundang pelbagai reaksi apabila gaji permulaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru bekerja menghampiri gaji graduan institusi pengajian tinggi (IPT).




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia ni memang tak adil, dek

Dunia ini penjara buat orang yang beriman, dek

Ahli falsafah terkenal arthur schopenhauer pon cakap camtu dek
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 01:22 PM | Show all posts
sebab kau tumpu nak gaji besar kat kl sel jb la yang buat penuh sek sek mu kat sini..
dah belajar tinggi tu pergi la balik majukan negeri sendiri..
supaya kau boleh demand gaji kat sana pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatta di beri gaji RM50k sebulan pun, kau akan komplen dek.
Nih, kau bayar ke hutang PTPTN tu?? Ke buat2 tak tau? Or buat2 tak hutang?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la akibatnya mengkayakan syarikat2 kapitalis peniaga sepet yg hanya nak perah tenaga melayu dengan upah sedikit. Padan muka melayu baik lg dengan sepet, lepas kawal ekonomi, kerajaan pun dia kawal juga[em:6:]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabah la anak2 muda skrg, yg pntg jgn buat hutang lain sbb mostly semua dah ada htg belajar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 4-2-2025 10:57 PM
Ni la akibatnya mengkayakan syarikat2 kapitalis peniaga sepet yg hanya nak perah tenaga melayu denga ...

Antara kapitalis Cina dan kapitalis Melayu, kapitalis Melayu lagi hauk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 08:11 AM | Show all posts
Itzy replied at 4-2-2025 10:57 PM
Ni la akibatnya mengkayakan syarikat2 kapitalis peniaga sepet yg hanya nak perah tenaga melayu denga ...

eleh ko yg malas salahkan bangsa plak
yang sepet tu biar la dorang kaya
ape nak busuk hati sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 08:12 AM | Show all posts
Edited by manop at 5-2-2025 08:17 AM
Itzy replied at 4-2-2025 10:57 PM
Ni la akibatnya mengkayakan syarikat2 kapitalis peniaga sepet yg hanya nak perah tenaga melayu denga ...

tak payah sembang ultra malayu sgt lah...spender beli harga longgok kt shopee..beras..handphone pun import buat kena gelak je brader! cari ni siapa punya eh.






Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku balik Kelantan baru ni bener brg2 basah sana murah2 dooh.
Pucuk paku seikat rm1 je..aku beli 4 ikat mak mertua aku terkejut awat beli banyak sangat. Aku cakap sebab murah sgt puas hati makan.
Ikan mata bulat sekilo rm6 je..cencaru rm8/kg. Syukurla..
Kat sini pucuk paku rm3-3.50 seikat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 01:44 PM | Show all posts
Dulu pergi makan kat bandar Taiping nasi campur murahnya 2-3 lauk tak sampai RM 10.00..dan masakan mereka sedap2 je kat gerai-gerai tu..
Ini sebelum thn 2000..
tapi rasanya selepas thn 2000 pun x byk naik harganya tapi skrg mungkin lah dah byk naik harganya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu zaman jib n pak lah org degree kerja gomen pakai diploma jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:56 PM | Show all posts
kau bayar ptptn tu berapa ratus ribu dek sampai tak cukup gaji? Fresh grad apa pun taktau nak demad gaji 5-6k takleh la dek.. bersusah2 dulu dek..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 03:22 PM | Show all posts
Adakah gaji minimum 1700 tu applicable to all?
means yg lepasan SPM ajepon koman2 dapat 1700 la kan?
Valid la jugak budak2 lepasan degree merempan..

Skim Protege untuk company swasta pon utk budak2 degree diberi RM2000 je sebulan.. itu tarap paling cikai la kiranya lepasan degree.. kesian weh..  tidakla depa demand 5k sebulan utk fresh.. tapi kalau dah gaji maid indon pon bole 1500... budak2 degree takkanla dapat 2000 je..

tapi biasala.. skrg kan mmg mcm tak adil.. b40 semua dapat segala bantuan... orang kaya diperas utk bagi subsidi... rugi la kot dorang jadi kaya... haha...
kita M40 tersepit di tengah2 tak dapat bantuan tapi tetap kena perah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 03:31 PM | Show all posts
talapia replied at 5-2-2025 03:22 PM
Adakah gaji minimum 1700 tu applicable to all?
means yg lepasan SPM ajepon koman2 dapat 1700 la kan? ...

ya benda nila yg cuba diperkatakan...kalau lepasan SPM minimum gaji rm1700 adik i ols lepasan degree rm2000...sedih giler dgr..belajar penat2, kerja penat mental tetbe beza 300 je gaji dgn org xbelajar tinggi...tu belum part yg xsmbg belajar atleast da ada 5tahun experience gaji nak dekat 3k, member yg habes degree gaji rm1800...patut ramai xnak smbg blajar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:20 PM | Show all posts
try le meniaga dhekk, tapayah kena ngan org... you sign your own pay cheque gitu then dah ada staff besok, make sure bagi gaji mcm ko list tu ye

all the best dhekk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah byk komplen lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 5-2-2025 03:31 PM
ya benda nila yg cuba diperkatakan...kalau lepasan SPM minimum gaji rm1700 adik i ols lepasan degr ...

Fresh grad skg pilih2 la kerja dan company. Byk dh company offer at least 3k utk fresh grad. Know your value dik adik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita semua pindah duk kelate
Biar sempit padat melekat kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 5-2-2025 01:22 PM
Aku balik Kelantan baru ni bener brg2 basah sana murah2 dooh.
Pucuk paku seikat rm1 je..aku beli 4 i ...

Sedap tu wat kerabu style kelantan
Lawar ke apatah dorang panggil
Yg ada buh isi ikan rebus tu, buh santan
Aku suka makan kalau ada kat kedai mkn
Kadang tu jantung pisang pun buat kerabu camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.118179 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list