View: 18594|Reply: 21
|
[Tempatan]
Gaji minimum baru berkuatkuasa esok
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Seramai 4.37 juta pekerja akan menikmati kadar gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 berkuat kuasa esok berbanding RM1,500 sebelum ini.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, perintah gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos ini bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat masing-masing.
"Langkah ini bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.
"Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk 'Menaikkan Lantai' ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut KESUMA, semua majikan diwajibkan mematuhi Perintah Gaji Minimum terbabit dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
Kegagalan majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum itu adalah satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).
"Bagi memastikan peralihan ini dapat berjalan lancar, KESUMA menyediakan beberapa inisiatif sokongan kepada majikan dan pekerja, termasuk menyediakan saluran aduan dan pemantauan bagi pekerja yang menghadapi ketidakpatuhan menerusi menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah, dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
"KESUMA juga bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memberi panduan dan bantuan kepada syarikat yang memerlukan penyesuaian dalam struktur gaji," katanya.
Katanya, KESUMA mengingatkan bahawa gaji minimum tidak sepatutnya dijadikan penanda aras gaji permulaan kepada semua pekerja khususnya siswazah dan pekerja perlu diberi gaji setimpal berdasarkan kemahiran.
"Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.
"Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah gaji min je 1700, berapa la setiap fresh grad yang ada degree akan dapat, sure lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ler.. gaji minimum bangla sekarang sama gaji fresh grad 15 tahun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Kenapa kerajaang tak tetapkang gaji minimung sejam...? Rasanya itu lebih adel bagi semer pihak... Zamang kerja minima lapang dah berlalu dah... Kena fleksibel... Pekerja mungkeng boleh bekerja lebih dari satu pekerjaang dengang gaji yang lebih setimpal...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-2-2025 10:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
AceHand replied at 1-2-2025 12:37 AM
[AceHand SPECTaceLAR]
Kenapa kerajaang tak tetapkang gaji minimung sejam...? Rasanya itu lebih adel ...
Apa aja kerja yg dibayar gaji hari selain dari tukang masak? Satu hari gaji tukang masak range dlm RM 80 ke RM 200..
Kalau ikut jam parok lah..
OT bolehlah dibayar ikut jam????
Kalau swasta guane ikut jam? Makan modal... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu pulak nampak pacik ni lalu lalang
|
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Ikot jam tapi majikang tak perlulah ikot minima kejer lapang jam... Kalau mampu bayar gaji lima jam bayar setakat lima jam sajalah... Pekerja kalau perlu duit lebih boleh cari kejer tempat laing pulak...
Itu gaji anggarang sehari... Sekarang cadangang supaya tetapkang gaji minima sejam jer...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Eh...! Salah tengok tu kot... Sila tukar cerming mata...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha lumayang sungguh kira gaji minima setiap jam
Kalau cleaner moleklah dpt kira gitu
Dah kalau kerja ofis guane nok kira setiap jam tu berapa selayaknya nok dpt?
Masih dok masuk akal kira gitu
Kalau cikgu tuisyen boleh kira gitu atau tukang urut dan terapis ...
|
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Wokeh hapa... Janji dapat beli beger...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gini boleh ngat burger benjo 10 biji pong sebulang..
Hidup berger benjo
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semakin byk rezeki mereka sekaligus memakmurkan ekonomi Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
harus lah
nanti boleh claim OT
tak pun tgh bos porem cari tgh review KPI , banyak dpt komplen agaknyieerrrrrrrrrrr
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 7-2-2025 09:08 AM
harus lah
nanti boleh claim OT
Oit kitty..tu la pelik pakcik ace ni tetiber muncul plak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xsabar jgk laki aku naik gj berapa bln 5 ni. Harap ada pelarasan jgk. Hahaha sibuk gj org. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la rembat hesmes syatuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitaorang gaji tahunan Januari pun x dpt bayar Feb so tunggu Mac pulak
Oklah dpt back dated bulan raya nanti + claim income tax lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 7-2-2025 11:15 AM
boleh la rembat hesmes syatuuu
Xmampu la pki hesmes. Itu golongan terpaling je..lgpun dia jenis kedekut. Mati idup semula dia xkan beli punyer. Iols beli hbag takat lv pun pki duit sndr je. Tu pun dh lama. Xtukar2. |
|
|
|
|
|
|
|
vanilacup replied at 7-2-2025 11:49 AM
Kitaorang gaji tahunan Januari pun x dpt bayar Feb so tunggu Mac pulak
Oklah dpt back dated bulan ...
Hoi best puasa dgn raya tu. Tu la next month nk claim tax plak kan. Blh kecek lebih sket duit raya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|