Sempena ulang tahun pertama Najib Razak diberikan pengampunan sabitan rasuah menyelewengkan dana SRC International, empat NGO berkata bekas perdana menteri itu tidak layak menerima belas kasihan.
“Hari ini ulang tahun pertama Najib Razak diberi pengampunan,” kata kumpulan itu pada satu kenyataan bersama.
Mereka menegaskan pendirian menolak pengampunan atau sebarang bentuk kelonggaran hukuman terhadap Najib.
“Hari ini juga, kami, badan masyarakat sivil dan warga Malaysia secara tegasnya menyatakan bahawa kami benci rasuah dan Najib tidak layak untuk menerima belas ihsan - pengampunan atau tahanan rumah,” kata NGO berkenaan.
|