View: 20052|Reply: 1
|
[Tempatan]
Sorok mayat dalam beg, pasangan kekasih didakwa bunuh bayi sendiri
[Copy link]
|
|
PORT DICKSON – Pasangan kekasih yang dipercayai menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban esok.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan dan telah mendapat arahan pertuduhan ke atas kedua-dua suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sepasang kekasih masing-masing berusia 18 tahun dan 21 tahun ditangkap polis selepas menerima panggilan daripada Hospital Port Dickson berhubung seorang pesakit perempuan telah melahirkan anak tetapi bayi tersebut gagal dikesan.
Siasatan lanjut yang dijalankan telah menemui mayat bayi yang sudah cukup sifat tersebut disembunyikan dalam beg di sebuah bilik di Taman Intan Perdana, Telok Kemang dengan kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Elok menutup aurat budak pompuan tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|