View: 10167|Reply: 4
|
[Tempatan]
Dah langgar pagar sampai runtuh tapi langsung tak jumpa tuan rumah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang lelaki kesal apabila pagar batu di rumahnya runtuh dipercayai dilanggar oleh pemandu Perodua Alza yang dikatakan melarikan diri, dalam kejadian di sebuah perumahan di Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.
Hantaran gambar pagar runtuh berserta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu dimuat naik pemilik rumah tersebut menerusi TikTok Abdul Wahaba dan dia kesal apabila pemandu itu dikatakan tidak berjumpa dengannya.
“Pemandu Alza ni semasa ‘reverse’ melanggar pagar rumah saya. Dia lari macam itu saja sebab saya tak ada di rumah masa ni.
“Jika dia tahu bersalah, baik segera jumpa saya. Saya ada saja di rumah atau tinggal nombor telefon, saya akan hubungi,” katanya pada hantaran itu semalam.
Dia turut berkongsi rakaman CCTV kereta Perodua Alza berkenaan, namun nombor pendaftarannya tidak dapat dilihat dengan jelas
“Alza langgar pagar rumah saya dirakam oleh jiran saya, tapi tak nampak jelas nombor pendaftaran. Harap pemandu datang segera jumpa saya untuk selesaikan pagar runtuh dilanggar,” katanya.
Hantaran itu turut mendapati simpati orang ramai yang berharap pemandu Perodua Alza itu bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
“RM5,000 juga ni,” ujar seorang pengguna TikTok.
“Saya rasa kalau dia datang minta maaf dan bincang elok-elok mungkin tuan TikTok ini akan permudah urusan dia. Bila lari menunjukkan kita ni tak tahu hukum hakam walaupun kita ni seorang Islam. Benda ni bukan setakat waktu kita hidup saja, akan sampai ke alam sana nanti. Jadi fikir-fikirkan lah,” komen seorang individu.
Komen itu dipersetujui oleh pemilik rumah berkenaan.
“Ya betul tuan. Saya pun belum buat laporan kepada polis. Harap dapat selesaikan secara suci hati,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Takyahla nk suci hati sangat, report je polis. Dia lari kot nampak sgt mmg takde niat nak bayar ganti rugi ke mintak maap ke. Hari ni langgar pagar esok-esok langgar orang plal |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm rumah si azad jasmin & eira syazira pun penah kena langgar camni..corner lot |
|
|
|
|
|
|
|
beri la peluang dulu jgn cepat sangat nak menghukum je
mungkin dia betul2 tersilap tertekan minyak bukan brek pastu rasa takut tu blah mcm tu je
ko ni suka sangat sangka buruk tak baik tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh claim insurance kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|