View: 10827|Reply: 17
|
[Jenayah]
Penyewa Seorang Yang Pengotor, Tak Bayar Sewa Dan Bil Elektrik Sampai Meter Air Pun Tercabut!
[Copy link]
|
|
Seorang penyewa yang sudah lewat usia telah dikecam oleh netizen di X kerana pengotor dan tidak bayar sewa rumah.
Seorang pengguna X, berkongsi tentang seorang influencer TikTok dengan nama Ungku Suzie Adriana sebagai seorang pengotor.
Dia juga tidak membayar sewa, bil elektrik mencecah nilai RM16,000 dan meter air pun tercabut.
Menurut anak kepada tuan rumah tersebut, ibunya terlalu baik hati dan merahsiakan sikap influencer tersebut yang suka membahasakan diri dia Tatin (datin).
Anak kepada tuan rumah berkata: “Sila waspada dengan penyewa acah influencer TikTok dengan nama Princess Suzie, atau Ungku Suzie Adriana, atau Unty Pink atau Princess Suzie Pinky.
“Dia dan suaminya adalah ‘hoarder’. Rumah milik ibu saya di Selangoir telah dirosakkan mereka sepanjang mereka menetap di situ daripada 2016 sehingga 2024.
“Kami menelan kerugian dianggarkan sekitar RM33,000, ini masih tidak termasuk kerosakan harta benda.”
Menurut anak tuan rumah, wanita itu dan suaminya tidak pernah bayar bil elektrik sejak 2019 lalu, kini angka itu mencecah RM16,000.
“Oleh kerana rumah kami style lama, TNB tidak dapat teropong meter untuk pemotongan elektrik. TNB juga tak boleh ceroboh masuk rumah. Sebab itulah bil sampai RM16k.
“Meter air lesap dan rosak. Kos meter baharu dan membaiki semula paip sekitar RM2,500.
“Sewa tertunggak 8 bulan. Sebelum ini mereka pernah tertunggak lama tak bayar sewa ketika COVID, namun mereka membayar sekelepuk.
“Ibu saya jangkakan mereka akan buat perkara sama. Namun kali ini tidak berlaku,” tegas anak tuan rumah itu lagi.
Selepas itu mereka adik beradik mendapat tahu bahawa rumah sewa itu sudah lama tak dibayar dan keadaan rumah sangat teruk.
Lalu mereka mahu mengusir Suzie. Mereka menghubungi suaminya, namun nombor disekat. Mereka pergi ke rumah dan mengetuk pintu pagar. Tidak dilayan walaupun kereta dan motosikal Suzie dan suaminya ada di situ. Lampu pun terbuka.
Akhirnya mereka mendapatkan bantuan peguam untuk mengeluarkan notis menghalau keluar penyewa yang gagal membayar sewa. Ianya memakan kos.
Influencer pengotor
Dan akhirnya mereka meminta bantuan polis untuk masuk ke rumah penyewa. Suaminya tiba tiba mahu berbincang. Namun pemilik rumah sudah memutuskan untuk menghalau mereka.
“Cep [suami Suzie] cakap, berikan saya masa, saya akan bayar sewa. Jika awak nak saman Suzie atau memburukkan namanya di TikTok, saya akan saman awak balik. Nohh, dia pula nak saman kita.
“Perkara ini terus meleret sehingga awal November 2024, dan akhirnya mereka pun keluar.”
Menurut anak tuan rumah itu lagi, sebelum keluar suami wanita itu membersihkan rumah mereka. Dan bersumpah di hadapan pegawai TNB akan bertanggungjawab di atas bil elektrik RM16,000.
Malangnya, suami wanita itu terus menghilang. Anak tuan rumah akui mereka membuat kesilapan kerana tidak menukar nama pada TNB dan bil air kepada nama penyewa.
Selain itu mereka juga tidak melantik ejen hartanah, dan tidak memeriksa keadaan rumah secara kerap.
Ibu kepada wanita itu masih berlembut dan berkata kepada anaknya: “Moga Suzie dan Chep dapat pentunjuk, taufiq dan hidayah.”
Anaknya menambah: “Alamak baik sangat pula emak ni.”
Difahamkan Suzie suka berkongsi video yang turut menunjukkan betapa teruknya keadaan rumah dia diami. Kerana sikap pengotor dan hoarder dia.
Menurut wanita itu lagi, emak dia tidak tahu yang dia akan memviralkan perkara itu. Wanita itu kecewa kerana Suzie masih memfitnah emaknya di TikTok.
Akhir sekali dia berharap pemilik rumah yang lain jangan terkena dengan keluarga ini.
Untuk melihat beberapa video yang dimuat naik, anda boleh buka bebenang X ini: |
|
|
|
|
|
|
|
Princess la. Datin la. Ungku la.
Delulu kronik. Eloklah check-in ke hotel tanjung rambutan, atau resort tampoi |
|
|
|
|
|
|
|
Tololwer seramai 8316 kau panggei influencer? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Jitu at 30-1-2025 09:38 PM
kemain ye nama kat tiktok nenek guna rupanya nan hado
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AJENALI at 30-1-2025 11:40 PM
Dah tengok.. acik ni ade sakit apa2 ke?_ini soalan.
Sebab cara bercakap macam lain |
|
|
|
|
|
|
|
gigih iols baca sampai habis nak tgk rupa influencer tersebut...jadah!!! kalau rupa kertu gini baik iols je la jadi influencer
sian owner rumah...bila owner berlembut baik hati dpt plak penyewa cam setan sial |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by immi at 30-1-2025 10:24 PM
Sejenis hoarding ni, entah2 sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Tua kertu dah nak cium bau tanah masih feeling PRINCESS PWINCESS lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 30-1-2025 04:51 PM
Princess la. Datin la. Ungku la.
Delulu kronik. Eloklah check-in ke hotel tanjung rambutan ...
Teringat pulak jumanji datin che puan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|