CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27399|Reply: 35

[Dunia] Orang Jepun Amalkan 'Weekend Marriages' Supaya Boleh Terus Hidup Jadi Bujang

[Copy link]
Post time 29-1-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-1-2025 11:34 PM

Tahukah anda, trend weekend marriages di Jepun sudah semakin berleluasa dengan tujuan member
hkan mereka meneruskan gaya hidup bujang tetapi pada masa yang sama mengekalkan pasangan seumur hidup



Seperti namanya, perkahwinan hujung minggu (週末婚 atau 'shumatsukon'), juga dikenali sebagai 'separate marriages'. Ia merujuk kepada pasangan yang hanya bertemu satu atau dua hari pada hujung minggu.

Tradisi perkahwinan unik itu mendapat perhatian antarabangsa awal tahun ini selepas BBC menerbitkan video mengenainya yang bertajuk 'Adakah separation marriages adalah kunci kepada hubungan yang sihat?'.

Video berdurasi lapan minit itu memaparkan keluarga Takeda, yang terdiri daripada suami Hidekazu, isteri Hiromi, dan anak kecil mereka.

Kedua-duanya tinggal di rumah berasingan kira-kira sejam memandu dari lokasi satu sama lain, dengan anak mereka tinggal bersama Hiromi.

Hiromi menggambarkan dirinya sebagai pemilik dan instructor gim bebas yang berpengaruh, manakala Hidekazu ialah perunding perniagaan yang banyak menghabiskan masanya di hadapan komputer.

Mereka menyayangi dan menghormati antara satu sama lain, tetapi perbezaan dari segi gaya hidup mereka adalah rumah Hiromi kelihatan bersih, manakala Hidekazu kelihatan tidak kemas

Hidekazu mengakui bahawa satu-satunya kerja rumah yang dilakukannya ialah mencuci pakaian. Manakala Hiromi pula bangun pada pukul 4 pagi setiap hari untuk merancang jadualnya di komputernya, mengemas kini siaran media sosial, menulis catatan blog dan menyemak e-mel.


Walaupun kebanyakan orang masih tidur, dia telah menyelesaikan kebanyakan kerja rumahnya, termasuk menyeterika pakaian sekolah anak, menyediakan makan tengah hari untuk anaknya, dan membersihkan rumah.

Berbeza pula dengan Hidekazu, dia bangun pada pukul 7 pagi dan terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja sambil masih memakai baju tidur.

"Sejak isteri saya bangun pagi, dia bekerja tanpa henti, melakukan kerja rumah dan menguruskan perniagaannya. Saya akan berasa bersalah jika kita tinggal di ruang yang sama,"

Menurut Hiromi, dia mungkin berasa tertekan dan hilang kebebasan untuk menguruskan hal peribadi jika menetap bersama suaminya.

Oleh itu, mereka menyukai susunan yang telah mereka sediakan, di mana Hidekazu melawat Hiromi dua hingga tiga kali seminggu dan tidak kerap menginap.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 11:50 PM | Show all posts
OK kot.

You don't have time to get sick of each other.

No need to quarrel who left the toothpaste tube open everyday.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 12:23 AM | Show all posts
Meols pun approve.

Tapi...Japanese ni hado retorted view on sex and marriage kan? Terutama warga Tokyo. Yang tinggal di kampung2 tu barangkali idok la.

Bagi meka, tido dengan pelacur idok considered cheating because you pay for the service? So.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
duniya akhir zaman,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 05:33 AM | Show all posts
Takpelah. Biarlah membujang je dari hidup ada laki macam takde laki. Next!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2 dunia sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2025 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ok gak kurang sikit kadar perceraian
sbb jrg jmpa jd xsempat gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 09:13 AM | Show all posts
Jepun ni banyak lifestyle pelik-pelik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 30-1-2025 05:33 AM
Takpelah. Biarlah membujang je dari hidup ada laki macam takde laki. Next!


Akan muncul 99 lagi komen seperti ini di bawah. Hidup andartu!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:29 AM | Show all posts
orenmango replied at 30-1-2025 09:13 AM
Jepun ni banyak lifestyle pelik-pelik

Forum Jepun pun kata Melayu ni banyak lifestyle yang pelik2.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apa fungsi berkahwin, dan menjadi suami isteri jika hidup pun asing2
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:44 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 30-1-2025 03:17 AM
Akan muncul 99 lagi komen seperti ini di bawah. Hidup andartu!



Yg penting bahagia dgn cara sendiri konon kata ku hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam kahwin pjj la ni suami balik weekend je cuma yg ni by choice.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 tu anak pun duk laa asing sekali tetap la juga anak tu kena duk ngn si mak kan

Yg lelaki idup cam org bujang takyah susah2 uruskan anak
Nak creet jumpa la bini time hujung minggu.

Bini plak tak suka nak duk serumah dgn laki sekali sbb rimas ngn gaya hidup suami.

Yg sebenornya hengkorang tak layak kahwin.
Kesian anak2 dapat mak pak aneh begini.korang berdua tak suka sebumbung sesama sendiri tu gasaklaa tp anak2 cemana? Dorang tak berhak ke tinggal sebumbung dgn ibu ayah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm pjj jgk la..ntah la..suami rasa bsalah sbb bini byk buat keje tnpa henti,urskn rumah n anak..tp solusinya p duk asing? bukan patut tlg sama2 buat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
lbh krg mcm pjj la kan?
iols prefer jugak mcm ni dah weols pun pjj berbelas thn lamanya.
iols peratikan kurang bergaduh dah la masing2 berdarah perwira pantang tersilap terus buka langkah
dulu kalau hsbd iols cuti lama dok kat umah mula la benda kecik pun nak jd gaduh tp skrg dah tua malas nak amik port dah.
kalau nak kata sbb x jmp selalu blh terjadinya curang, dok serumah berjmp tetiap hari pun curang jugek. kelig iols lakibini kerja satu department pun dan lg berskandal.

iols setuju jugak keadaan camni utk kurangkan bergasak lakibini, bila jmp tu blh diskusi bercerita secara berhemah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-1-2025 11:06 AM
Alang2 tu anak pun duk laa asing sekali tetap la juga anak tu kena duk ngn si mak kan

Yg lelaki idu ...

Setuju
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 12:12 PM | Show all posts
ya mcm kawin pjj.

Aku tengok dlm ancient chinese drama, permaisuri nak jumpa maharaja pun ada protocol padahal duduk dlm satu istana.  nak bersenggama pun kena bagi tau dulu, supaya permaisuri buat persediaan.. bila pagi maharaja keluar maka masa beramah mesra pun habis.. masa dlm bilik tu jer ada hubungan peribadi, keluar jer dah jadi 'orang lain'

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 12:36 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-1-2025 10:29 AM
Forum Jepun pun kata Melayu ni banyak lifestyle yang pelik2.

To each their own
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 01:13 PM | Show all posts
syamzana replied at 30-1-2025 11:17 AM
lbh krg mcm pjj la kan?
iols prefer jugak mcm ni dah weols pun pjj berbelas thn lamanya.
iols perat ...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.080754 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list