CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7007|Reply: 2

Diseksa dengan teknik kejam di 'neraka' ciptaan manusia - "Di sini tiada istilah mati mudah"

[Copy link]
Post time 28-1-2025 09:00 AM | Show all posts |Read mode





Damsyik: "Di sini tiada istilah mati mudah. Ia 'neraka ciptaan manusia' yang membuat banduan diseksa teruk melalui pelbagai teknik kejam hingga mati," kata bekas penuntut Malaysia di Syria, Ustaz Mohd Nazmi Abdul Karim, 51, berhubung kekejaman di penjara Seydnaya.


Menurutnya, sebaik Presiden Bashar Al-Asaad ditumbangkan Disember lalu, ribuan warga Syria berpusu-pusu ke penjara di Penjara Seydnaya bagi mencari dan menyelamatkan ahli keluarga mereka yang dipenjarakan.


"Mereka berkampung di sekitar penjara Seydnaya untuk meneliti dokumen nama banduan yang berselerak di atas lantai pejabat penjara itu.


"Malah mereka menggunakan jentera berat untuk menggali kawasan di luar Penjara Seydnaya untuk mencari ahli keluarga yang mungkin masih dikurung di sel rahsia bawah tanah. Waris banduan turut berusaha mengesan kubur besar yang berkemungkinan wujud di sekitar kompleks penjara itu," katanya.


Beliau berkata, kewujudan bilik penyeksaan, bilik hukuman mati, mesin yang dibina untuk menghancurkan manusia hingga mati dianggap terlalu kejam.


"Hukuman di Penjara Seydnaya dilakukan dengan kerap. Banduan dipukul menggunakan alat yang berbeza membabitkan logam, kabel, kayu dan renjatan elektrik.


"Warden akan memasuki bilik sel dan mula memukul banduan di seluruh tubuh. Jika ada banduan yang mati, ia akan dibiarkan tinggal beberapa hari bersama banduan lain dalam sel.


"Manusia seperti apa yang sanggup melakukan kekejaman tidak masuk akal ini apatah lagi membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri.


"Walaupun Bashar Al-Assad sudah melarikan diri ke Russia, namun bagi rakyat Syria, perhitungan untuk mendapatkan keadilan baru sahaja bermula," katanya lagi.


Sementara itu, laporan Syrian Network for Human Rights (SNHR) mendedahkan, tentera rejim Bashar menahan sekurang-kurangnya 1.2 juta warga Syria sepanjang perang saudara dan menyeksa mereka dengan pelbagai kaedah.


Ada lebih daripada 50 pusat penahanan seumpama Penjara Seydnaya tersebar di hampir semua wilayah Syria, termasuk penjara rahsia dan pusat soal siasat unit keselamatan.


Sumber– Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 04:59 PM | Show all posts
kalau korang ingat lagi kan.. mcm mana FSA aka free syrian army / daesh / isis ni boleh naik dan dapat sokongan dunia dulu adalah sebab AWAL diorang adalah semata untuk berjuang melawan kezaliman rejim basyar ni..

sape yg pernah tgk vcd zaman tu taulah jahat camne diorang tentera bashar ni.. mmg mcm haiwan dia buat tahanan diorang dulu..

so kira the first and the only one rebel group yg berani bangkit melawan rejim zalim ni sampai pm najib sendiri pernah puji diorang ni berani melawan kezaliman.. tp tulah, sampai skrg org spin cerita konon najib ni zalim bunuh org gak mcm isis daesh ni, semua org yg mati mesti akan dikaitkan dgn najib, fitnah dulu tapi bukti tak pernah ada.. ramai jadi mangsa fitnah politik dahsyat dlm negara kita ni sebenarnya..

character assasination in political propaganda is strong to this one

back to the topic isis daesh yg sesat ni..

masalah dia kemelut perjuangan diorang ni mmg dahsyat, mula awal tu dah cantik sbb nak membela nasib rakyat.. tapi lepas tu daesh/isis ni dah diresapi pulak ideologi songsang dan extremist yg bunuh rakyat dia sendiri yg konon tak amal islam yg benar ikut spec diorng..

sampaikan ada og mcm mufti belah sana pesan dekat org belah nusantara ni tak payahlah datang situ konon nak berjuang.. ko nanti jadi org jahat je sebenarnya.. tak kenal siapa kawan lawan.. tak paham pun bahasa diorang, mmg ramai mati katak je kat sana.. diorang tak pernah sebut pun pasal nak bantu palestin dari israel kalau betul dah kuat bersenjata dulu.. sama mcm leader rebel skrg kan? harap tak jadi isis 2.0 je nanti ni..

trump siap cakap isis ni ciptaan obama.. muka semua bertopeng kan.. tak tau askar dari mana sebenarnya yg dtg ke bandar2 diorang masa tu.. mmg bukan org syrian pun..



https://www.cnn.com/2016/08/11/p ... der-isis/index.html
https://www.theguardian.com/us-n ... the-founder-of-isis
https://www.reuters.com/article/ ... buke-idUSKCN10M1C9/

thanks sebab sudi baca karangan aku..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.042836 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list