CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6052|Reply: 15

Israel tingkatkan serangan berdarah, ratusan penduduk tinggalkan Jenin

[Copy link]
Post time 24-1-2025 05:04 PM | Show all posts |Read mode





JENIN: Pegawai Palestin berkata ratusan penduduk mula meninggalkan rumah mereka di kawasan 'panas' di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis ketika tentera Israel meneruskan operasi berdarah di sana.


Tentera Israel minggu ini melancarkan serbuan di kawasan Jenin, kubu kuat pejuang Palestin, beberapa hari selepas gencatan senjata dalam perang dengan Hamas di Semenanjung Gaza.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata objektif operasi itu, yang diberi nama 'Iron Wall' atau Dinding Besi itu adalah untuk 'menghapuskan keganasan' di kawasan tersebut.


Beliau mengaitkan operasi itu dengan strategi lebih luas untuk menentang Iran, yang menyokong kumpulan bersenjata di seluruh Asia Barat, termasuk Hamas di Gaza. Israel menuduh Tehran cuba menyeludup senjata dan dana kepada pejuang di Tebing Barat yang diduduki.


"Ratusan penduduk di kem pelarian mula meninggalkan kawasan terbabit selepas tentera Israel, dengan menggunakan pembesar suara pada dron dan kenderaan tentera, mengarahkan mereka untuk mengosongkan kem," kata gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub, kepada AFP.


Pada Khamis malam, Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dalam satu kenyataan, berkata ia tidak meminta penduduk mengosongkan kawasan tersebut.


"Kami hanya menekankan bahawa untuk menjaga keselamatan penduduk di kawasan terbabit, IDF membenarkan mana-mana penduduk yang memilih untuk keluar dari kawasan itu berbuat demikian melalui laluan yang selamat dan teratur," katanya kepada AFP.


Sejak operasi bermula pada Selasa, ia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin dan mencederakan 40 yang lain di sekitar Jenin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.







Tentera Israel turut menahan beberapa rakyat Palestin dari kawasan Jenin, dengan seorang jurugambar AFP melihat deretan lelaki dengan mata ditutup dan memakai pakaian seragam putih dibawa keluar dari Tebing Barat.


Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, berkata keputusan untuk melancarkan serangan ke atas Jenin adalah tindakan yang tepat.


"Saya percaya bahawa sebaik sahaja kami menyedari kem Jenin telah menjadi hab bagi mereka yang merancang serangan ganas atau mencari tempat perlindungan selepas melakukan serangan ganas, maka menyerangnya dengan segala kekuatan adalah keputusan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan.


Penduduk Palestin telah mula melarikan diri dari kawasan Jenin dengan berjalan kaki pada Rabu, dengan gambar AFPTV menunjukkan sekumpulan lelaki, wanita, dan kanak-kanak berjalan di jalan berlumpur, dengan bunyi dron jelas kedengaran di atas mereka.


Tentera Israel pada Khamis berkata ia telah membunuh dua pejuang Palestin berhampiran Jenin pada waktu malam, atas tuduhan mereka membunuh tiga rakyat Israel.


"Selepas berbalas tembakan, mereka dihapuskan oleh pasukan tentera," katanya, sambil menambah seorang askar cedera dalam pertempuran tersebut.


Kedua-dua lelaki itu dikehendaki atas tuduhan membunuh tiga rakyat Israel dan mencederakan enam yang lain dalam serangan 6 Januari ke atas sebuah bas di Tebing Barat. - AFP


Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 06:59 PM | Show all posts
dasyat bangsa setan ni ya suka hati dia nak bunuh nak bom nak buat apa pun satu dunia mampu tengok je padahal tak ada negara pun..negara pun haram rampas orang punya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2025 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Inigo-Montoya: dasyat bangsa setan ni ya suka ...


Den sgt2 setuju dgn komen kome...

Alangkah bodonya negara2 lain yg berlagak spt polis dunia..tp tang Zionist cilaka...jd tikus mondok terus... harktuih
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 04:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian org palestin.. baru nak aman dahh kena balik.. satu dunia takut pd yahudi.. tak melawan lgsg.. aku harap kim jong un tuu lancar aje laa peluru berpandu tu pd serael tuu atas alasan tersilap sasaran
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke.. iols lama tak tgk berita seminggu dah.. aritu pembebasan Palestine pun xdak sapa bukak benang.. saja je ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 25-1-2025 11:08 AM
Betul ke.. iols lama tak tgk berita seminggu dah.. aritu pembebasan Palestine pun xdak sapa bukak be ...

Betul. Jenin kena kepung sekarang. Jalan utama semua sudah musnah. Penduduk tengah lari sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2025 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kun fayakun... Mmg dah tertulis bangsa ni begitu la perangainya dlm alquran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 03:21 PM | Show all posts
Bangsa sial ni harap cepat lah kena telan bumi
Mmg xboleh hidup dgn manusia lain
Harap negara  haram dia kena telan bumi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
genjatan senjata aritu tak valid ke hanya utk gaza semata?? bila penuh kem pelarian kat kwsn lain dan2 nak bom plak atas alasan possibility jd hub keganasan. sapa cerohhhh la dok bom habis satu palestin belah muslim neh jadi debu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
fattymah replied at 25-1-2025 11:08 AM
Betul ke.. iols lama tak tgk berita seminggu dah.. aritu pembebasan Palestine pun xdak sapa bukak be ...

Oh.. marah kut.. arini dapat tgk berita swap 4 untuk 100 Palestinians
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 25-1-2025 04:19 PM
genjatan senjata aritu tak valid ke hanya utk gaza semata?? bila penuh kem pelarian kat kwsn lain da ...

Ye sis, genjatan senjata tu hanya untuk Gaza je, di tebing barat sama Jah rampasan tanah, rumah kena ceroboh penduduk kena tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-1-2025 04:59 AM
Sian org palestin.. baru nak aman dahh kena balik.. satu dunia takut pd yahudi.. tak melawan lgsg..  ...

Rasanya tak pernah aman kat sana sejak 1948 ka bila
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2025 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 25-1-2025 04:19 PM
genjatan senjata aritu tak valid ke hanya utk gaza semata?? bila penuh kem pelarian kat kwsn lain da ...

Deme mmg plan nak buat greater isreal..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bykkan lagi qunut nazilah. Klu x mampu fizikal, words.klu words pun x jalan, doa la (melalui qunut nazilah) . Mntk Allah balas lg dahsyat lagi berganda dr kebakaran di LA
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2025 05:42 PM | Show all posts
bangsa yg dah terkenal ribuan tahun dengan sifat mungkir janji, penipu dan penakut sampaikan suka suruh org lain berperang untuk dia sambil goyang kaki.. perasan tak sekarang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045042 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list