CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4324|Reply: 0

“Kecil la kondo ni!” - Makcik mulut lancang tak jaga hati tuan rumah, datang ‘housewarming’ buat kecoh

[Copy link]
Post time 8-1-2025 04:11 PM | Show all posts |Read mode



SESIAPA sahaja pasti teruja apabila berpindah rumah baharu, lebih-lebih ia merupakan kediaman yang diimpikan sejak sekian lama.

Bagi meraikan kesyukuran dan kegembiraan itu, kebiasaannya pemilik kediaman akan menjemput rakan-rakan dan ahli keluarga ke majlis masuk rumah baharu atau housewarming.

Namun seorang wanita tidak menyangka berdepan insiden memalukan ketika berkunjung ke satu majlis housewarming salah seorang ahli keluarga.

"Sewaktu di majlis perjumpaan sepupu suami yang baru pindah ke rumah baharu, salah seorang makcik dengan lantang bersuara secara tiba-tiba.

"Di hadapan semua orang, makcik tu kata... kecil la kondo ni! Parking pun susah'," kongsinya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tanpa mempedulikan perasaan tuan rumah yang turut berada bersama-sama tetamu lain ketika itu, makcik berkenaan terus memberikan pandangan terhadap kediaman berkenaan.

"Pindah la, menyusahkan orang!" kata wanita berusia itu sambil ketawa di khalayak ramai.

Makcik tu rumah dia macam mana? Takut yang pagi-pagi kena tolak kereta untuk keluar parking (pangsapuri). - WARGA MAYA

Terkejut dengan situasi yang berlaku, wanita berkenaan hanya mampu memberikan pandangan sinis susulan kelantangan makcik itu menyuarakan pandangannya.

"Wow sangat makcik ni," katanya lagi.

Luahan wanita itu meraih perhatian warga maya yang menyifatkan tindakan makcik terbabit sebagai kurang sopan dan tidak menghormati pemilik rumah.

"Kebanyakan tipikal mulut makcik-makcik dan orang kita memang macam tu pun. Mereka tak akan bagi (pandangan) positif. Mereka akan rasa diri mereka champion apabila keluarkan kata-kata macam tu.

"Makcik balik je la makcik. Kurang sikit rasa sempit kondo kecil ni.

"Nak tanya, makcik tu rumah dia macam mana? Takut yang pagi-pagi kena tolak kereta untuk keluar parking (pangsapuri)," komen warga maya memberikan pandangan sinis.

Pada masa sama, ada yang berpihak kepada pemilik rumah di atas keputusannya untuk menghuni di kediaman bersaiz kecil kerana mempunyai kelebihannya tersendiri.

"Saya lagi suka rumah kecil, dapur dengan peti sejuk dekat. Senang nak kemas, rumah rasa selesa, tak payah banyak barang.

"Kondo la senang parking. Ada parkir khas untuk pelawat. Rumah landed lagi susah, mana kau nak parking? Paling menyampah sebab parking susah sampai kena parking depan rumah jiran," demikian antara komen warga maya.

Sumber : mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.278081 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list