CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13613|Reply: 0

Singapura akan kawal jualan pisau flik, buku lima

[Copy link]
Post time 7-1-2025 10:34 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

SINGAPURA: Singapura akan mengawal selia penjualan pisau flik dan buku lima apabila Akta Kawalan Senjata Api, Bahan Letupan dan Senjata dikuatkuasakan pada separuh pertama tahun ini, menurut Parlimen pada Selasa.

Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling, berkata langkah itu adalah tambahan kepada enam jenis pisau dan senjata serangan lain yang dikawal selia untuk penjualan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Letupan, iaitu belati, pedang, lembing, mata lembing, bayonet, serta busur dan anak panah berbahaya.

Sun berkata, sehingga November 2024, terdapat 129 kes pembunuhan, cubaan membunuh, rompakan, rusuhan, dan kecederaan serius membabitkan pisau pada tahun 2024. Angka ini sebanding dengan bilangan kes dalam tiga tahun sebelumnya.

"Antara 2021 dan 2023, purata 133 kes direkodkan setiap tahun. Tiada satu pun daripada jenayah ini berlaku di tempat ibadat, kecuali serangan pisau di Gereja St Joseph pada November 2024," katanya.

Beliau berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri tidak menyimpan rekod berdasarkan sama ada pelaku mempunyai masalah kesihatan mental atau tidak.

Sun berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai penilaian terhadap jenayah berkaitan pisau yang dilaporkan baru-baru ini serta langkah-langkah untuk memberikan jaminan keselamatan peribadi di tempat ibadat.

Januari 7, 2025  sumber




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.122265 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list