CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4967|Reply: 0

Program Makanan Sedunia kecam serangan Israel terhadap konvoi di Gaza

[Copy link]
Post time 7-1-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Palestin menerima bantuan termasuk bekalan makanan oleh WFP di Luar Pusat Agihan PBB di Jabalia, Utara Semenanjung Gaza, 24 Ogos 2024. - Foto REUTERS

GENEVA: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata, pasukan tentera Israel telah melepaskan tembakan ke arah salah satu konvoinya di Gaza, dalam satu kejadian yang disifatkan "insiden yang mengerikan."

Agensi itu berkata, konvoi yang terdiri daripada tiga kenderaan yang membawa lapan kakitangannya dari Gaza tengah ke Bandar Gaza di utara witu ditembak dengan 16 peluru berhampiran pos kawalan Wadi Gaza pada Ahad.

Walaupun tiada kecederaan dilaporkan, namun, konvoi terbabit tidak dapat bergerak selepas insiden itu.

Menurut kenyataan WFP, kenderaan-kenderaan terbabit jelas dilabelkan dan telah mendapat kebenaran keselamatan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa Israel.


"WFP dengan tegas mengecam insiden mengerikan pada 5 Januari itu," menurut kenyataan terbabit.


"Peristiwa yang tidak boleh diterima ini hanyalah contoh terkini mengenai persekitaran kerja yang kompleks dan berbahaya yang dihadapi oleh WFP dan agensi lain hari ini," kata WFP, sambil menyeru peningkatan tahap keselamatan bagi membolehkan bantuan diteruskan.

Tentera Israel dalam reaksinya pula mempertahankan tindakan berkenaan dengan menyatakan mereka melakukan segala usaha untuk memudahkan penghantaran bantuan dan sedang menyiasat apa yang berlaku.

"Insiden terbabit telah dikaji, prosedur operasi telah diperjelaskan dan dapatan daripada siasatan akan dianalisis," menurut kenyataan tentera Israel.

Agensi bantuan antarabangsa yang berusaha untuk mengurangkan krisis kemanusiaan di Gaza sering mendakwa pasukan Israel menghalang atau mengancam operasi mereka di tengah-tengah kempen Israel untuk memusnahkan pasukan pejuang Hamas. - AGENSI

Januari 7, 2025   sumber



















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048021 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list