CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16311|Reply: 0

Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:20 AM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Indonesia merancang untuk memperkenalkan teknik pengairan padi efisien air (IPHA) ke semua sawah padi di seluruh negara, susulan kejayaan projek rintis di Cirebon, Jawa Barat, menurut Menteri Kerja Raya, Dody Hanggodo seperti dilaporkan oleh agensi berita ANTARA.

Dalam kenyataan pada Ahad, teknik IPHA digambarkan sebagai kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air, dan tanah secara berkesan dan efisien, selain meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani.

Hanggodo menekankan bahawa pelaksanaan teknik pengairan ini telah berjaya meningkatkan pengeluaran padi dengan penggunaan air yang lebih rendah di kawasan pengairan Rentang di Cirebon.

"Kami merancang untuk melaksanakan IPHA di seluruh Indonesia kerana teknik ini membolehkan petani mencapai hasil maksimum sambil menjimatkan air. Saya yakin kita akan berjaya," katanya ketika meninjau kawasan pengairan itu pada Sabtu.

Susulan kejayaan projek rintis IPHA di Rentang, kerajaan merancang untuk memperluaskan inisiatif itu ke kawasan seluas kira-kira 2,000 hektar di kawasan pengairan Kamun, Majalengka, Jawa Barat, katanya.



Sementara itu, Ketua Pengarah Sumber Air di Kementerian Kerja Raya, Bob Arthur Lombogia menekankan pelaksanaan teknik IPHA menawarkan pelbagai manfaat, termasuk mengurangkan penggunaan air sehingga 30 peratus.



Beliau juga menyatakan kaedah ini membolehkan petani menyimpan air untuk plot tanaman lain semasa musim kering.

"Kaedah ini menjimatkan kos, hanya memerlukan 10 kilogram benih bagi setiap hektar," katanya, sambil menambah bahawa teknik ini juga mempercepatkan masa tuaian dan dapat meningkatkan pengeluaran padi kepada 11 tan sehektar.

Seorang petani tempatan, Sunaryo, mengakui bahawa penggunaan teknik IPHA sejak setahun lepas telah meningkatkan hasil tuaiannya dengan ketara.

"Teknik IPHA telah meningkatkan hasil tuaian saya daripada 8.4 tan sehektar kepada antara 9.8 tan hingga 10.5 tan sehektar," katanya. - BERNAMA-ANTARA
Januari 6, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.176802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list