CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23256|Reply: 0

226 penduduk dipindahkan akibat banjir di Male, Maldives

[Copy link]
Post time 5-1-2025 07:13 AM | Show all posts |Read mode

Orang ramai meredah banjir di Male, Maldives. - Foto REUTERS

Oleh BERNAMA
COLOMBO: Sejumlah 226 penduduk daripada 36 isi rumah di ibu negara Maldives, Male, telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara akibat banjir teruk yang berpunca daripada hujan berterusan.

PSM News, yang memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) Maldives pada Sabtu, melaporkan banjir itu telah menyebabkan kerosakan pada harta benda kediaman dan komersial serta kenderaan di jalan raya.

Setakat pagi Sabtu, Angkatan Pertahanan Nasional Maldives telah mengepam keluar 30,569 tan air dari jalan-jalan di Male bagi mengurangkan kesan banjir, menurut PSM.

NDMA menerima 774 permohonan bantuan daripada isi rumah dan perniagaan di Male, termasuk permintaan untuk meletakkan beg pasir di pintu masuk rumah dan premis komersial.

Pejabat Meteorologi Maldives memberi amaran bahawa keadaan cuaca buruk dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di negara itu pada Sabtu.

Januari 5, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.193759 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list