CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24516|Reply: 0

Foto anak Kim Yo Jong tular

[Copy link]
Post time 4-1-2025 05:45 PM | Show all posts |Read mode

KIM Yo Jong. FOTO fail Reuters

Seoul: Agensi perisikan Korea Selatan menyatakan mereka sedang menganalisis rakaman media negara yang menunjukkan adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, bersama dua kanak-kanak – dengan mengatakan mereka mungkin anaknya.

Jurucakap utama rejim, Kim Yo Jong dilihat bersama dua kanak-kanak kecil – seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan – semasa menghadiri persembahan seni tahun baharu.

Beliau dilihat memegang tangan budak lelaki itu sementara ketiga-tiga mereka berjalan bersama.

Korea Utara tidak pernah mengungkapkan secara rasmi sebarang maklumat mengenai status perkahwinan atau anak-anak Yo Jong, tetapi agensi perisikan Seoul, Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) berkata, mereka sedang memeriksa sama ada kanak-kanak dalam rakaman media negara itu adalah anaknya.
"Kami sedang menjalankan analisis terperinci sambil membuka kemungkinan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Yo Jong lama menjadi antara pembantu terdekat abangnya, dan salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam rejim itu.

Menurut kerajaan Korea Selatan, beliau dilahirkan pada 1988 dan salah seorang daripada tiga anak oleh Kim Jong Il, dan pasangan ketiganya yang dikenali, bekas penari Ko Yong Hui.

Dia dididik di Switzerland bersama abangnya dan naik dengan pantas dalam hierarki setelah abangnya mewarisi kuasa selepas kematian bapa mereka pada 2011.



Disiarkan pada: Januari 4, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.633218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list