CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19454|Reply: 0

Siri didakwa langgar privasi : Apple cadang bayar pampasan RM427 juta

[Copy link]
Post time 3-1-2025 09:15 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR FAIL: Seorang peserta memegang dua iPhone 16 ketika Apple mengadakan acara di Teater Steve Jobs di Cupertino, California, A.S. pada 9 September 2024. FOTO REUTERS

Washington: Pegawai Apple menawarkan penyelesaian bernilai AS$95 juta (RM 427,247,212.) bagi menamatkan saman berhubung dakwaan pelanggaran privasi membabitkan pembantu maya Siri, lapor United Press International (UPI).

Cadangan penyelesaian ini, yang difailkan pada malam Selasa di Mahkamah Daerah AS di Oakland, merujuk kepada tindakan undang-undang yang difailkan pada 2019 oleh pemilik peranti mudah alih Apple, termasuk iPhone dan Apple Watch.

Para plaintif mendakwa bahawa pembantu maya Siri telah merakamkan perbualan peribadi mereka selepas aplikasi itu diaktifkan tanpa sengaja.

Rakaman terbabit didakwa telah didedahkan kepada pengiklan dan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Apple memaklumkan bahawa aplikasi Siri hanya akan diaktifkan apabila pengguna mengucapkan "Hei, Siri."

Namun, seorang pemberi maklumat melaporkan pada 2019 bahawa aplikasi Siri kadangkala menjadi aktif apabila mendengar perkataan atau bunyi lain yang serupa, seperti zip yang dibuka dan ditutup, atau bunyi latar belakang lain.

Selepas diaktifkan tanpa sengaja, Siri sering merakamkan perbualan dan aktiviti lain yang tidak diingini oleh pemilik peranti Apple, dakwa plaintif.

Seorang plaintif mendakwa peranti Apple miliknya kadangkala merakam suara anak perempuannya selepas menyebut nama jenama, seperti Air Jordan dan Olive Garden yang menyebabkan iklan berkaitan jenama itu muncul semasa menggunakan pelayar Safari Apple.

Seorang lagi plaintif berkata beliau membincangkan prosedur pembedahan dengan doktornya dan selepas itu menerima iklan berkaitan rawatan pembedahan daripada jenama perkhidmatan perubatan.

Plaintif mendakwa rakaman yang tidak disengajakan itu melanggar privasi mereka, walaupun Apple mengiklankan perlindungan privasi pengguna.

Kelas plaintif yang dicadangkan merangkumi puluhan juta pemilik produk Apple yang menggunakan pembantu maya Siri, termasuk iPhone dan Apple Watch, dari 17 Sept 2014 hingga 2024.

Pegawai Apple tidak mengakui sebarang kesalahan dalam tawaran penyelesaian ini, namun bersetuju untuk memadamkan rakaman yang dibuat sebelum Oktober 2019 dan mengemas kini arahan untuk pengguna yang ingin berkongsi data dengan Siri bagi meningkatkan perkhidmatannya.



Disiarkan pada: Januari 3, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.113055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list