CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89958|Reply: 0

[Kedah] Kaji pembinaan rumah pam

[Copy link]
Post time 24-12-2024 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Kaji pembinaan rumah pam

Noorazura Abdul Rahman[email protected]



FOTO HIASAN.




Pendang: Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) mengambil beberapa langkah bagi mengatasi gangguan bekalan air di Kampung Bukit Cengal, Kubur Panjang di sini, sudah berlarutan lama.

Dalam kenyataan dikeluarkan kepada Harian Metro, Sada berkata, pihaknya merangka penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk menangani isu itu, antaranya membina rumah pam.

Katanya, kajian sedang dilakukan bagi mengenal pasti kewajaran rumah pam sebagai penyelesaian berkesan dalam mengatasi masalah tekanan air rendah di kampung terbabit.

Sementara rancangan menaik taraf loji rawatan air (LRA) Jeneri pula diharap mendorong saliran air terawat yang konsisten dan tidak putus kepada penduduk di situ serta kawasan sekitarnya.

"Selepas projek naik taraf LRA itu siap kelak, ia dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya masalah gangguan bekalan air di kampung berkenaan dan beberapa kampung lain di Kubur Panjang.

"Tiga faktor utama yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya gangguan bekalan air di kampung itu adalah kedudukan muka bumi yang tinggi dan berada di penghujung sistem agihan air terawat.

"Selain itu paip komunikasi ke kawasan kampung sudah terlalu lama, uzur dan usang ," kata Sada.

Sada berkata, kampung berkenaan dan sekitarnya yang terjejas dikategorikan kawasan terputus bekalan serta layak menerima bantuan alternatif melalui lori tangki yang menghantar bekalan sekali bagi setiap dua hari.

Selain Kampung Bukit Cengal, masalah air turut dikesan di Kampung Bendang Putih yang didapati berpunca daripada paip komunikasi yang usang.

Untuk isu itu, Sada berkata, dalam perancangan menggantikan paip yang lebih baik.

Semalam akhbar ini melaporkan lebih 200 penduduk di Kampung Bukit Cengal meluahkan tekanan dihadapi selepas berdepan masalah gangguan bekalan air sejak 13 tahun lalu, sehingga mendorong mereka menggali telaga dan mendapatkan sumber air tanah selain sungai.



Disiarkan pada: Disember 24, 2024 @ 7:02am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1169311/kaji-pembinaan-rumah-pam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.174940 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list