CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87938|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ibu anak satu didakwa perdaya wanita urusan jual beli rumah, emas

[Copy link]
Post time 24-12-2024 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Ibu anak satu didakwa perdaya wanita urusan jual beli rumah, emas

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Butterworth: Suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini terhadap pertuduhan menipu dan memperdaya wanita dalam urusan penjualan rumah serta emas membabitkan kerugian berjumlah RM68,282.

Tertuduh Siti Fatimah Zahra' Ismail, 27, membuat pengakuan berkenaan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki itu didakwa menipu dengan memperdaya wanita berusia 30 tahun bahawa dia akan menguruskan pembelian sebuah rumah milik mangsa sehingga mendorongnya menyerahkan wang berjumlah RM16,930 ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di No 23, Persiaran Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12.46 tengah hari 24 Mei 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya mangsa sama dengan penjualan emas iaitu 581 kotak hingga mendorongnya menyerahkan wang berjumlah RM110,900 ke dalam akaun tertuduh.

Bagaimanapun, mangsa hanya menerima 82 kotak yang menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM51,532.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara 18 April hingga 16 Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun hingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh diwakili peguam Jasni Mahamad.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, namun Jasni memohon ikat jamin minima dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan hanya bergantung dengan suami yang bekerja kilang.

Selain itu, tertuduh juga perlu menjaga bapanya yang menghidap sakit jantung dan anak tunggal lelaki berusia tiga tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Februari depan untuk sebutan semula kes.



Disiarkan pada: Disember 24, 2024 @ 1:30pm





Suri rumah, Siti Fatimah Zahra’ Ismail, 27, (kiri) diiringi polis atas kesalahan penipuan pembelian emas dan rumah dengan dua pertuduhan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Butterworth. FOTO DANIAL SAAD






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2024 07:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.075949 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list