View: 33412|Reply: 9
|
[Tempatan]
Calon SPM miliki video pornografi dihantar ke Henry Gurney
[Copy link]
|
|
Calon SPM miliki video pornografi dihantar ke Henry Gurney
https://www.bharian.com.my/berit ... tar-ke-henry-gurney
Oleh Alias Abd Rani - Disember 23, 2024 @ 6:13pm
[email protected]
- Foto hiasan mahkamah
BATU PAHAT: Seorang pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan didakwa dengan 63 pertuduhan memiliki video pornografi juniornya diarah dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka selama tiga tahun.
Majistret Suhaila Shafi'uddin memerintahkan demikian kerana tertuduh yang berusia 17 tahun adalah juvana selain mengarahkan ibu bapa pelajar itu melawatnya sebulan sekali.
Majistret turut mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun serta melapor diri di balai polis berhampiran sebaik menjalani perintah di sekolah itu.
"Bertaubatlah, jadikan hukuman ini untuk kamu bermuhasabah diri," kata Suhaila sebelum mengeluarkan perintah ke sekolah berkenaan.
Keputusan itu berkuat kuasa hari ini mengikut Seksyen 91 (1) (f) Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan tertuduh dikategorikan pesalah juvana.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-62, dia didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap tujuh pelajar junior lelaki dengan meminta mangsa menunjukkan tubuh supaya dilihat oleh tertuduh.
Perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan antaranya tandas surau dan sekolah serta rumah mangsa dalam daerah ini, Kluang dan Tangkak.
Semua kejadian itu berlaku antara jam 10 pagi hingga 11 malam, bermula Disember 2023 hingga hujung bulan lalu membabitkan mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSKK) 2017 yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua, bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.
Bagi pertuduhan ke-63, dia didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak dalam komputer riba di sebuah rumah pada jam 2.30 pagi, 11 November lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 AKKSTKK dan boleh dipenjara selama lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh meminta mangsa melakukan aksi tidak senonoh serta memintanya merakam.
Selepas selesai melakukan aksi itu, semua mangsa diminta menyerahkan rakaman video terbabit kepada mangsa.
Kejadian itu berlaku beberapa kali malah ada pelajar diminta membuat aksi itu sehingga 12 kali.
Mangsa juga diminta oleh tertuduh mengulangi perkara sama, serta diugut untuk disebarkan video atau menyerahkan wang jika enggan menuruti arahannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Razak Sharif.
Terdahulu, Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Batu Pahat, Silanoraismawati Mhd Zain dalam pembentangan laporan akhlak mencadangkan agar tertuduh ditempatkan di sekolah sama.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat jugak..memula baca tajuk ingatkan download bideo dari internet je..tringat budak pandai yg kena tangkap kat UK..tapi dah balik malaysia dgr citernya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Udah kena tazerkan kot kepala otak dia ni...dont think kena tahan berapa lama pun ke dlm tu keluar dia ok...ni sejenis ketagihan dah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
cam rasanya yg wat mende2 ni pernah mengalami situasi yg sama oleh abuser terdahulu dan ianya cm jadi mende yg sama dilakukan terhadap junior2 dan apa yg menakutkan nanti ianya akan jadi berulang2 pula... |
|
|
|
|
|
|
|
makin rosak la sekolah situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan memiliki video porn yg kat internet tu baru nak komen dahsyat gak law msia sampai kene anto ke henry gurney 3thn skali tu aihhh ko yg buat.
ape nak jd laa bdk lagi peel dah camni kalau dibiarkan mmg jd pedo+sexual abuser+perogol gayah bersiri gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak dia jenis camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni kuat seks mungkin juga jahat lain dia tak ada. Kalau dicampak sekali dalam kandang gangster henry gurney dia mungkin boleh mati.
Criminal minds ni ada banyak jenis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin dibaca, makin paham kenapa sampai kena masuk ‘institusi istimewa itu’ |
|
|
|
|
|
|
|
Cerah masa depan budak ni jadi Perdana Menteri Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|