CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki ditahan reman bagi bantu siasatan penemuan mayat reput

[Copy link]
Post time 18-12-2024 08:48 AM | Show all posts |Read mode


Suspek diiringi keluar dari bilik mahkamah. - Gambar Galileo Petingi

KUCHING: Seorang lelaki ditahan reman oleh Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat reput di kawasan perindustrian Tabuan Jaya malam semalam.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan suspek berusia 20-an direman selama tujuh hari.

Difahamkan, permintaan itu dilakukan polis bagi memudahkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan penemuan mayat itu malam semalam oleh orang awam.

Beliau turut mengesahkan penahanan suspek, namun beliau tidak dapat mengesahkan identiti mayat yang sedang reput itu sehingga bedah siasat dilakukan.

“Kami masih belum mengesahkan identiti mayat itu kerana ia dalam keadaan reput.

"Bagaimanapun kami boleh mengesahkan bahawa seorang suspek telah ditahan. Mengenai identiti mayat, kami perlu menunggu," katanya kepada The Borneo Post.

Penemuan itu turut dikaitkan dengan kehilangan seorang wanita berusia 26 tahun yang tidak pulang ke rumah awal bulan ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059786 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list