|
Cacing Kerawit (Hookworm) adalah jangkitan parasite yang sangat common. Walaubagaimanapun, ianya perlu ditangani, kerana komplikasi dari jangkitan nya boleh mengubah hala kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi di masa kecil. Di negara2 bertanah lembab seperti di Malaysia, jangkitan Cacing Kerawit adalah berleluasa. Ia selalunya berlaku di kawasan2 miskin dengan taraf kebersihan yang rendah.
Larva Cacing Kerawit yang baru menetas dari telur didalam najis manusia akan mencari tanah yang lembab dan menunggu untuk masuk kedalam tubuh manusia, biasanya melalui tapak kaki atau mana2 bahagian kulit yang larva ini dapat menyentuh. Larva ini akan menembusi, contohnya, kulit tapak kaki, lalu masuk kedalam darah dan dibawa ke paru2 manusia. Dari situ, batuk akan membentuk kahak yang lalu ditelan oleh mangsa. Dengan ini, larva tadi sudah berjaya mencapai habitatnya, iaitu intestine manusia. Ia mempunyai hook; bila telah menyangkut dan mature, ia mula membiak dan menghisap darah mangsa. Ia boleh bertelur beribu2 biji setiap hari. Larva2 juga boleh memasuki badan melalui makanan yang disentuh oleh tangan yang kotor (faecal-oral transmission).
Walaupun kecil (sepanjang 1cm max, dan 0.5mm diameter), kerana jangkitan nya berjumlah besar, pesakit boleh dapat diarrhoea, atau sakit perut. Juga kerana darah yang dihisap oleh Cacing Kerawit ini penuh dengan nutrisi yang baru sahaja dihadam oleh intestine pesakit, maka pesakit tidak akan mendapat nutrisi2 ini disamping kehilangan darah secara perlahan2. Lama-kelamaan, pesakit akan menjadi under-nourished, kurus dan dapat anaemia. Pesakit juga mula menjadi lemah dan lesu. Colonizers dari negara Barat, menuduh orang2 sebegini di negara Asia, sebagai mendapat sakit ''the Germ of Laziness'', kerana mereka nampak slow, lembab dan tidak bermaya seolah malas lalu tidak dapat bekerja atau focus disekolah dan tidak mencapai potensi yang mereka sebenarnya ada.
Treatmentnya agak mudah; dengan mengambil Mebendazole atau Albendazole dari Pharmacy dan mengambil Zat Besi. Paling utama, penjagaan kebersihan, memakai selipar dan improve sistem saluran najis akan memastikan jangkitan ini tidak tersebar.
NB: Cacing yang keluar dari anus pada waktu malam dan bertelur dibirai nya lalu membawa kepada gatal2 pada dubur ialah jangkitan Cacing yang berbeza; itu adalah Pinworm (atau juga dinamakan dengan Threadworm).
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|