CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38764|Reply: 1

[Tempatan] Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bantu rakyat jana pendapatan, basmi kemiskinan, kata Raja Formula Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 26-11-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
IPR bantu rakyat jana pendapatan, basmi kemiskinan – Rafizi

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... -kemiskinan-rafizi/

Oleh KOSMO!
26 November 2024, 5:29 pm


Tangkap layar perkongsian video Rafizi di Facebook Rafizi Ramli hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi mahu membuka lebih banyak tapak-tapak Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di seluruh negara yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, usaha kerajaan itu membantu rakyat menjana pendapatan dan membasmi kemiskinan.

“Walaupun ada yang mencemuh, tetapi usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan memberi peluang menjana pendapatan terutamanya kepada penduduk luar bandar adalah berkesan berbanding memberi wang semata-mata tanpa membantu mereka membina peluang pendapatan.

“Sekarang kita tahu tanam cili, nenas dan tanaman kontan lain boleh menjana hasil melebihi RM5,000 sebulan.

“Setakat September 2024, sebanyak 2,742 ekar tanah-tanah kerajaan dibuka yang melibatkan 3,628 peserta di seluruh negara,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook hari ini.

Tambah Rafizi, pihaknya juga banyak menerima permohonan orang ramai untuk menyertainya IPR.

Jelasnya, ada yang menuduh IPR di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) hanya ‘hype’ dan tidak memberi kebaikan kepada rakyat keseluruhannya kerana hanya beberapa kerat yang dapat menyertainya.

“IPR-INTAN yang telah diluluskan banyak dilaksanakan di atas tanah-tanah kerajaan persekutuan yang tidak digunakan dan sebahagiannya di tanah kerajaan negeri.

“Jika anda mahu melihat lebih banyak projek IPR dibuka di kawasan anda, saya mohon juga bantuan anda untuk maklumkan kepada kerajaan negeri masing-masing untuk menawarkan tanah melalui kerjasama dengan Kementerian Ekonomi, terutamanya negeri-negeri yang masih banyak tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 26-11-2024 06:25 PM

Merepek...berapa ramai join program tu...dan berapa keluasan tanah persekutuan dan negeri kawasan bandar untuk pendapatan RM5k tu....

Setakatkan developer pun berebut tanah gasak kawasan geran pertanian..

Projek macam ni dah lama wujud sejak zaman Felda. Tapi tetap juga rakyat dihina oleh pemimpin mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.172320 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list