CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38650|Reply: 1

[Tempatan] Kenakan tindakan berat jika tak guna Bahasa Melayu pada papan tanda

[Copy link]
Post time 26-11-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Kenakan tindakan berat jika tak guna Bahasa Melayu pada papan tanda

https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... u-pada-papan-tanda/

Oleh KOSMO!
26 November 2024, 5:16 pm


Ismail Sabri

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub mencadangkan supaya tindakan lebih berat dikenakan kepada pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu di papan tanda.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu berkata, tindakan tersebut termasuk golongan yang meremehkan penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Menurutnya, negara inj yang sudah merdeka lebih setengah abad tidak sewajarnya terperangkap dalam retorik pertikaian bahasa kerana sudah jelas Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana mengambil tindakan tegas menurunkan papan tanda bahasa lain di sekitar ibu kota sepertimana yang dilaporkan media baru- baru ini.

“Langkah ini sewajarnya dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sudah tiba masanya seluruh PBT menguatkuasakan undang-undang yang dimiliki dan tidak lagi bertolak ansur dengan mana-mana pihak.

Katanya, ia selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Malah. penggunaan Bahasa Melayu pada papan tanda juga tidak menjejaskan sama sekali kemasukan pelancong.

“Sebagai contoh, negara jiran Thailand menggunakan Bahasa Thai di semua papan tandanya tetapi pelancong tetap ramai berkunjung ke negara tersebut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringgey

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038627 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list