CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49918|Reply: 5

[Tempatan] Tindakan kementerian Nga Kor Ming. anjur malam anugerah raikan syarikat peminjam wang cetus kritikan

[Copy link]
Post time 22-11-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan kementerian Nga anjur malam anugerah raikan syarikat peminjam wang cetus kritikan

https://www.malaysianow.com/my/n ... wang-cetus-kritikan

MalaysiaNow
November 22, 2024 3:30 petang


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengiringi taikun Vincent Tan di Anugerah Kredit Madani 2024, yang meraikan peminjam wang dan pajak gadai.

Majlis yang julung kali diadakan itu merupakan idea Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Penganjuran majlis malam anugerah sebagai meraikan syarikat peminjam wang dan pajak gadai oleh sebuah kementerian diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming telah mencetuskan pelbagai kritikan, di mana ramai di media sosial melihat ia sebagai contoh parti majoriti Cina itu semakin menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada sektor perniagaan yang kerap dianggap sebahagian daripada ekosistemnya.

Pada 15 November, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Anugerah Kredit Madani 2024, menghimpunkan syarikat pinjaman wang dan pajak gadai yang memberi kemudahan kredit kepada mereka yang tidak layak mendapat pinjaman bank.

Majlis anugerah itu, yang turut dianjurkan oleh persatuan-persatuan mewakili pemberi pinjam wang (PPW) dan pemegang pajak gadai (PPG), adalah yang julung kali diadakan di Malaysia.

MalaysiaNow difahamkan Nga sendiri mengilhamkan supaya KPKT menganjurkan program tersebut.

Majlis tersebut diadakan di Hotel Berjaya Times Square dan turut dihadiri pemilik hotel berkenaan, taikun Vincent Tan.

"Salah satu objektif utama majlis itu adalah untuk menghapuskan persepsi negatif orang ramai mengenai industri peminjam wang dan menggambarkannya sebagai perniagaan bereputasi yang berbeza daripada along," kata sumber di kementerian Nga kepada MalaysiaNow.

Ketika dihubungi, bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan Zuraida Kamaruddin mengesahkan majlis anugerah sebegitu melibatkan peminjam wang tidak pernah dianjurkan sepanjang beliau menerajui kementerian tersebut.

"Along" ialah jolokan kepada peminjam wang tanpa lesen, yang sejak beberapa tahun menjadi sasaran agensi penguatkuasaan seperti polis dan pihak berkuasa tempatan susulan peningkatan kes jenayah terhadap peminjam yang gagal membayar balik.

Tahun lepas, terdapat lebih 4,400 peminjam wang berlesen dan 881 pajak gadai dengan nilai pasaran hampir RM25 bilion.

Antara syarikat yang diberi penghormatan dengan pelbagai anugerah pada majlis itu ialah Juara Partners Sdn Bhd, Choong Thye Pawnshop Sdn Bhd, Kekal Impian Sdn Bhd, Stratford Credit Pawnshop Sdn Bhd, Semuamas Resources Sdn Bhd, Choong Yee Pawnshop Sdn Bhd, GHL Payments Sdn Bhd, Pajak Gadai Ion Sdn Bhd, Pajak Gadai Moneymax (Sungai Way) Sdn Bhd dan OSK Capital Sdn Bhd.

Semakan di laman web beberapa syarikat terlibat menunjukkan pelbagai pakej pinjaman peribadi ditawarkan.

Salah satu daripada syarikat itu mengenakan penalti 8% untuk pembayaran lewat, manakala sebuah lagi syarikat menawarkan pinjaman kolateral (bercagar) untuk hartanah.

Sementara itu, komen di media sosial mengkritik tindakan kementerian meraikan syarikat peminjam wang.

"Interest (faedah) mereka masih tinggi menggila. Cumanya, lebih mudah nak meminjam dan lebih mudah nak barai," kata salah satu daripada ratusan komen kepada sebuah klip video majlis anugerah itu.

Seorang lagi pengulas berkata KPKT sepatutnya membuat tinjauan secara rahsia dan tertutup untuk menguji sejauh mana syarikat-syarikat peminjam wang berlesen itu memenuhi akta dan peraturan yang ditetapkan.

"Cuba pinjam, (jumlah) sedikit pun jadi lah. Tengok apa jadi lepas dua hari pinjam. Berapa naik (faedah)?" tulis Jamil Rais.

Ketika dihubungi, sebuah pertubuhan yang kerap memperjuangkan nasib mangsa peminjam wang yang tidak bertanggungjawab, berkata walaupun majlis anugerah itu tidak melanggar undang-undang, masyarakat masih sensitif disebabkan persepsi terhadap perniagaan peminjam wang, sama ada berlesen atau sebaliknya.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata terdapat syarikat peminjam wang berlesen yang melanggar undang-undang dan memanipulasi perjanjian tanpa pengetahuan peminjam.

"Sekiranya diberikan dua pilihan, menganjurkan majlis anugerah berkaitan syarikat pemberi pinjam ini, lebih baik KPKT menganjurkan program kesedaran kepada masyarakat tentang apakah yang dimaksudkan pemberi pinjam yang mematuhi garis panduan dan tidak mematuhi garis panduan.

"Ini lebih bagus supaya persepsi negatif tersebut dapat ditangani dengan program yang boleh memberikan penjelasan," kata Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana korang mengundi TRIPLEID & THE GANG.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini kira malam anugerah ah long2 la ye?amboi...uncle tan misra sana sini la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa yg MHO kata tu, sepatutnya KPKT memberi kesedaran kpd msyarakat mengenai peminjaman wang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 07:52 PM | Show all posts
inilah yg UMNO mahukan.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2024 10:05 PM | Show all posts
wow hebat dia ni- masih enjoi2 hidup di Tanah Melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045814 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list