View: 45186|Reply: 1
|
[Tempatan]
6,613 penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus 2 bulan gaji
[Copy link]
|
|
6,613 penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus 2 bulan gaji
https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... bonus-2-bulan-gaji/
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
22 November 2024, 6:08 pm

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, bantuan berkenaan akan diberi kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
“BKK tersebut akan dibayar pada bulan Januari dan sebelum Aidilfitri pada bulan Mac tahun 2025 sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka,” katanya ketika pada membentangkan Belanjawan 2025 pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin turut berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh penjawat awam di negeri ini di mana tadbir urus dan tatakelola perkhidmatan awam berada pada tanda aras yang tinggi dan sering dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ganu??  |
|
|
|
|
|
|
| |
|