CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7897|Reply: 0

[Sarawak] Tangani isu kenaikan kadar insurans kesihatan

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perlu campur tangan kerana boleh jejas peluang golongan berpendapatan rendah memilikinya



Chiew (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang media tersebut. Turut kelihatan (dari kiri) Yuneswaran, Sim, Puah dan Taufiq.

MIRI: Kerajaan perlu campur tangan dalam menangani kenaikan kadar perlindungan insurans kesihatan kerana ia boleh menjejaskan peluang golongan berpendapatan rendah untuk memilikinya.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dalam kenyataannya pada sidang media di Parlimen, hari ini berkata, apabila kadar premium insurans perubatan ini naik kepada satu tahap tidak mampu dimiliki lagi, hanya golongan M40 dan T20 yang ada akses kepada perubatan swasta ini.

"Sudah tiba masanya kerajaan perlu melaksanakan dasar intervensi dan campur tangan," katanya.

Chiew memberitahu, dari segi komersial, kenaikan premium syarikat insurans ini adalah perlu untuk menampung kenaikan kos perubatan dalam sistem kesihatan swasta dan juga tuntutan daripada pengguna perkhidmatan insurans yang semakin meningkat.

"Namun, amatlah sedih bagi pengguna-pengguna yang telah membeli perlindungan insurans ini untuk sepanjang hayat tetapi saat mereka paling memerlukannya pada usia lanjut terpaksa melepaskannya kerana tidak mampu untuk memiliki lagi.

"Sekiranya insurans perubatan ini tidak lagi mampu milik bagi kebanyakan rakyat khususnya golongan M40, maka hanya T20 yang mampu untuk akses kepada perubatan swasta ini dan akan menjejaskan sistem kesihatan di negara kita, di mana hanya golongan M40 yang selama ini menggunakan perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik swasta terpaksa beralih kepada hospital dan klinik awam sepenuhnya akan menyebabkan bilangan pesakit dan kesesakan lagi di hospital kerajaan," katanya.

"Dalam perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, saya telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya boleh mewujudkan sistem perubatan insurans awam yang bukan bermotifkan keuntungan.

"Selain itu, kerajaan juga boleh mewujudkan kerjasama dengan syarikat insurans swasta untuk menawarkan perlindungan insurans yang paling berpatutan," katanya.

Chiew turut mencadangkan supaya kerajaan dapat mengatasi cabaran ini dan menuju ke arah sistem perubatan insurans awam melalui pemerkasaan program sedia ada, seperti, pertama, Program I-Lindung, satu program perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal di bawah KWSP melalui kerjasama dengan syarikat insurans.

Atau pilihan lain katanya, ialah dengan mencadangkan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di bawah PERKESO yang boleh menawarkan perlindungan kepada pekerja bagi bencana yang berlaku di luar pekerjaan.

Menyertai Chiew pada sidang media tersebut ialah Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari, MP Tebrau Jimmy Puah Wee Tse, MP Bayan Baru Sim Tze Tzin dan MP Segamat Yuneswaran Ramaraj, kesemuanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.884938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list