CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22117|Reply: 0

[Sarawak] MA63: 10 tuntutan Sarawak berkaitan pendidikan telah dipersetujui kerajaan persekutuan

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode


Hasidah menjawab pertanyaan lisan pada hari kelima Persidangan DUN.-Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan 10 tuntutan yang dibuat Sarawak berkaitan pendidikan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 & Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata 10 tuntutan yang dipersetujui ini adalah tuntutan pentadbiran.

Pertama katanya, mengukuhkan penglibatan antara Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.

Kedua, kebenaran kepada Kerajaan Sarawak untuk mengambil guru perkhidmatan kontrak, namun masih tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Ketiga, melaksanakan penilaian bagi tahun enam dan tingkatan tiga yang tertakluk kepad syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Dan keempat, melaksanakan program TVET berdasarkan keperluan/keutamaan Kerajaan Sarawak.

“Lima lagi tuntutan yang dipersetujui, melibatkan Kerajaan Sarawak dalam perancangan projek pembangunan pendidikan dan menetapkan peruntukan masa pendidikan Islam tidak menganggu masa mata pelajaran yang lain terutamanya STEM.

“Turut dipersetujui, berkongsi maklumat perpindahan pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri ke ibu pejabat KPM, menyalurkan peruntukan untuk Program Pembangunan Profesional, menyalurkan belanja mengurus dan operasi yang mencukupi kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan perkongsian data pendidikan.

“Semua ini adalah pentadbiran yang kita harapkan akan bukan sahaja hanya dipersetujui tetapi dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Billy Sujang (GPS-Opar) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Billy bertanya kepada Premier Sarawak status terkini berhubung dengan MA63 terutama berkaitan dengan autonomi Sarawak terhadap pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

Bagi perkhidmatan kesihatan pula, Hasidah berkata seperti yang dimaklumkan sebelum ini, beberapa jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi membincangkan dan menyelesaikan permintaan yang dikemukakan oleh Kerajaan Sarawak.

Kerajaan persekutuan katanya juga telah memberi kerjasama erat kepada Kerajaan Sarawak dan Sabah untuk mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di kedua-dua negeri ini khususnya melalui penambahbaikan proses kerja pembaharuan lesen secara pendigitalan (CKAPS).

Selain itu katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sarawak telah diadakan pada 9 September 2024, dipengerusikan bersama Menteri Kesihatan dan Timbalan Premier Sarawak.

“Pelbagai isu telah dibincangkan yang telah menunjukkan perkembangan positif, antaranya peningkatan taraf fasiliti kesihatan dan Klinik Kesihatan daif dan Projek Rintis Fasiliti Kesihatan Sarawak.

“Namun demikian, masih banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan dan harap dapat dicapai banyak lagi persetujuan,” ujar Hasidah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.121379 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list