CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13111|Reply: 0

[Sarawak] Rumah musnah terbakar, lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode




RANAP: Dua anggota bomba sedang memadam sisa kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dalam kebakaran di Kampung Masjid, Kuala Baram petang semalam.

MIRI: Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Masjid, Kuala Baram dekat sini petang semalam.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.57 petang.

Bertindak atas maklumat diterima katanya, sepasukan enam anggota dari BBP Lutong telah digerakkan ke lokasi kejadian yang sejauh 28 kilometer dari balai.

"Setibanya di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran 30 kali 40 kaki.

"Semasa ketibaan bomba, api yang marak telah memusnahkan keseluruhan rumah berstruktur tidak kekal itu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut Henry lagi, setelah membuat penilaian PKO terus bertindak memadam kebakaran itu secara defensif sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Setelah memastikan semua keadaan selamat, operasi kemudian ditamatkan jam 5.27 petang.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," ujarnya sambil memberitahu tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Rumah itu didiami pasangan suami isteri masing-masing berusia 47 dan 40 tahun bersama enam anak berusia antara tujuh hingga 22 tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.355613 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list