CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47344|Reply: 14

[Tempatan] Terulung, Kelantan perkenal pelancongan musim tengkujuh

[Copy link]
Post time 14-11-2024 08:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-11-2024 01:47 AM

KOTA BHARU: Ikan sungai, pelbagai jenis ubi, putu halba dan luncur ombak bakal dipromosikan sebagai usaha menarik pelancong ke Kelantan ketika musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor berkata, usaha itu akan dibuat memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh.

“Kebiasaannya musim tengkujuh tidak banyak aktiviti berkaitan pelancongan diadakan di Kelantan disebabkan kebimbangan pelancong untuk datang ke sini ekoran banjir dan risikonya,” kata beliau.

Sehubungan itu, Kamarudin memaklumkan, pihaknya sedang mengatur  beberapa program yang sesuai diadakan pada musim tengkujuh nanti.

“Sebagai contoh, makanan istimewa yang ada pada musim tengkujuh dan tidak ada di negeri lain di samping aktiviti luncur ombak.

“Kalau kita perhatikan pada musim tengkujuh ada beberapa jenis makanan yang hanya ada di musim tersebut. Contohnya putu halba, masakan yang berasaskan ikan darat serta beberapa jenis ubi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan sara hidup siri dua, kepada 17 pengayuh beca di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), di sini hari ini.

Tambahnya, makanan istimewa musim banjir adalah perkara biasa di Kelantan, tetapi tidak di negeri lain.

“Kegiatan luncur ombak pula sangat sesuai pada musim tengkujuh memandangkan ombaknya begitu besar. Sekarang ini aktiviti luncur ombak sedang berkembang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

“Di Kelantan pula, saya mendapat tahu ada beberapa resort yang mengadakan aktiviti tersebut. Ini sesuatu yang bagus. Kita akan uar-uarkan untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa datang,” jelasnya.

Tambahnya, di Kelantan terdapat dua tempat yang sesuai untuk diadakan aktiviti luncur ombak iaitu di Pantai Melawi dan Pantai Kemasin di Bachok.

Terang beliau, walaupun kedua-dua tempat ini tidak sehebat seperti di Australia, namun ia sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti luncur ombak. – HARAKAHDAILY 13/11/2024

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2024 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:35 AM | Show all posts
dia ingat ombak monsun musim tengkujuh ni sama dengan ombak kat Malibu, Costa Rica, Bali, Puerto Rico ke nokkkkkkk????? hahahahaha... IQ lebai ni aneh2 ye...
Dah jadi surfing beach nanti memekak pulak bila ramai tourist bukak aurat kat pantai... terjojol mata lebai 24/7 kena duk pantai nak 'memantau' pelancong...padahal kotey dalam kain berdenting2... hahahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena beli extra insurance ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ujung2 terperangkap dlm banjir jenuh dok hotel mandi air kuning
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by _kelly at 14-11-2024 09:50 PM

ok datuk kamaruddin boleh bawak anak beranak luncur ombak bulan depan..korang try dulu fun ke tidak


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
buat je la apa2 aktiviti pelancongan pun, cuma pastikanlah kebersihan tu dulu.. Perbetulkan yg tu dulu.. BERSIHHHH
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ok letew...cuma...bior yg 'cekal' jer yg pi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Iq lobai.
Waduyu ekspek
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:46 AM | Show all posts
luncur ombak? ko nak mampus?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat ko pun ke Golok mau hilangkan stress ni lagi lah!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:27 AM | Show all posts
pakej demam ke apa main air hujan
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 11:16 AM | Show all posts
Takut pergi sana waktu musim hujan..Takut tak dapat balik dah tersangkut dalam banjir.

Kalau orang luar terkandas kat sana, ada bagi bantuan ke kewangan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 14-11-2024 09:10 PM
ujung2 terperangkap dlm banjir jenuh dok hotel mandi air kuning

Mandi jelah dlm banjir tu..bawa shampoo n shower foam siap2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dato kamaruddin baru dapat wahyu..molek sungguh buat acara luncur ombak di kala musim monsun..lebih afdol kalau dato sendiri yang lead..kalau mati, kurang sikit orang bodoh atas muka bumi ni nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.284553 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list