CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6143|Reply: 0

[Johor] Bapa 2 anak didakwa pandu cuai bawah pengaruh dadah sebabkan kemalangan maut

[Copy link]
Post time 12-11-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Afiq Ikmal dikawal polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng di Batu Pahat, Johor, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI


BATU PAHAT: Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, dekat sini hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Ayer Hitam, di sini, Khamis lalu.

Mohamad Afiq Ikmal, 25, didakwa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.

Bapa dua anak itu dituduh memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian Muhammad Nurhaffiz Idris, 31, dalam kemalangan di Kilometer 32.5, Jalan Kluang-Batu Pahat, hadapan pasar raya Ayer Hitam, jam 10.20 malam 11 November lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohamad Afiq mengaku tidak bersalah sebelum mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,500 dan menetapkan 10 Disember ini untuk serahan dokuman serta lantikan peguam.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Ayer Hitam pada 1 dan 15 hari bulan setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Berdasarkan laporan, hasil siasatan polis mendapati kemalangan itu ketika tertuduh dari rumahnya di Taman UPC, Ayer Hitam memandu kereta untuk ke sebuah pasar raya.

Selepas mendapati pasar raya itu tutup, tertuduh yang berada di lorong kiri mengubah haluan ke lorong kanan lalu membelok sebelum membuat pusingan U untuk berpatah balik ke rumah.

Sebuah motosikal ditunggang mangsa datang dari arah sama kemudian gagal mengelak lalu bertembung kereta dipandu tertuduh. Mangsa maut di lokasi, manakala tertuduh dan seorang penumpangnya dihantar ke hospital untuk rawatan.

Siasatan juga mendapati mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja di Singapura untuk pulang ke rumah di Taman Bukit Mutiara, Ayer Hitam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list