View: 36650|Reply: 14
|
Ada Lebih 40 Kelab Malam, Golok Jadi Tumpuan Ramai Pelancong Dari Kelantan Pada Hujung Minggu – Ahli Parlimen Thailand
[Copy link]
|
|
Dahulu sunyi sepi namun kini bandar sempadan, Golok kembali ‘happening’ dan menjadi tumpuan kehadiran pelancong Malaysia, terutamanya dari Kelantan.
Menurut ahli parlimen bagi daerah Golok dan Takbai, Amin Mat Yusof, Golok menjadi tarikan rakyat Malaysia khususnya warga Kelantan kerana kemudahan dan keselesaan ditawarkan di kelab malam dalam hotel.
Lebih-lebih, apabila baru-baru ini 40 pusat hiburan dihidupkan semula dan tiga daripadanya beroperasi di hotel membuatkan semakin ramai anak muda dari Kelantan yang datang berhibur pada hujung minggu.
"Orang ramai datang ke sini untuk berhibur, bersantai, dan menikmati suasana malam. Tak semua yang datang ke sini terlibat dengan aktiviti negatif seperti penyalahgunaan dadah."
Bagaimanapun, katanya keseronokan itu tergugat minggu lalu apabila pihak berkuasa membuat operasi besar-besaran di beberapa pusat hiburan dan telah menahan enam warga Malaysia selain turut merampas 6,000 pil kuda di sebuah hotel.
Operasi besar-besaran ini bertujuan memberi amaran keras kepada semua pemilik kelab malam agar tidak membenarkan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam premis mereka.
"Jika dadah ditemui di mana-mana premis, lesen operasi mereka akan digantung selama lima tahun,” kata Amin."
Sejak operasi polis dan tangkapan tersebut berlaku, jumlah pengunjung telah menurun dan beberapa kelab malam kini mengalami kekurangan pelanggan yang ketara. Justeru, Amin menggesa masyarakat supaya tidak menilai industri hiburan Golok hanya berdasarkan kes-kes sebegitu.
"Jika keseluruhan industri dihukum akibat kesalahan segelintir individu, ia boleh menjejaskan ekonomi tempatan."
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi Facebook turut akui trend anak muda Kelantan berhibur di Golok, Thailand memang benar-benar berlaku dan perkara itu tidak akan berakhir.
SUMBER: NST, Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Forbiden fruits kan...lgi ditegah lagi rakyat memberontak tapi tu lah lobai kn tau apa pasal psychology...mental health. Ujung2 rakyat cari hiburan tempat lain cam anak2 Arab kat Saudi berlibur di Bahrain, UAE Dubai cari ayam Rusia |
|
|
|
|
|
|
|
Konon tagline negeri membangun bersamo isle..tapi tiap2 malam ummah dok bertake beer kat sg.golok..wat malu nama isle jah set2 budu nih |
|
|
|
|
|
|
|
Siam pun kenapa nak sabotaj ekonomi sendiri, patut galakkan lagi. Orang depa bukan heran pun nak tonggang terbalik. Sejak lahir benda mudah dapat. Yang jakunnya ummah seberang sungai ni ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
i terbayang kelab mlm golok tu pasang lgu dangdut je kan??geng kertu..
kalau kt kl blh try trak..untung dpt negro yih sgt |
|
|
|
|
|
|
|
tengokla ni mmg pure kelantanese pas punyer politician pown mmg admit ramai rakyat negeri die yg berpesta kat thailand tu.. lagila ada orang nak deny.. mmg delulu sangat sape2 yg cuber menafikan tu.. kata orang negeri lain la yg datang ctu, orang2 negeri lain cuber nak fitnah and buruk2 kan kelantan la.. cuber berpijak di bumi yg nyata ckit.. jauh sangat korg dah terbang dalam dunia fantasi korg tu.. and btw, ape yg ada pada negeri kelantan tu sampai org2 negeri lain ni nak jeles kat korg? xder masanyerla nak jatuhkan korg ke haper.. bukan negeri korg tu maju sangat sampai org kagum pown..air paip pown mcm air kopi, nak kata org jeles.. poodah!!
|
|
|
|
|
|
|
|
wow, sudah lama dengar akan perkara ini |
|
|
|
|
|
|
|
Colpelir dtg menyalak lobai parti bulan.....ujung2 rakyat masuk disco cari suasana malam ala mini Patpong red light gituuuuu.
Cheers lah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bala la ni.. nak jadi pemimpin, tapi masalah ni pun tak boleh nak cegah.. esok ALLAH soal nak jawab apa, atas dunia berebut nak jawatan dan pangkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kosmo link:
80 peratus kaki disko Genting Hotel Golok adalah orang Kelantan
13hb Nov 2024
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
Pintu masuk Genting Discotheque yang terletak bersebelahan Genting Hotel, Sungai Golok.
FOTO MUHAMMAD AYMAN GHAFFA/ KOSMO!
SUNGAI GOLOK, THAILAND – Kira-kira 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque kendalian Genting Hotel di sini pada malam Jumaat dan Sabtu setiap minggu terdiri daripada rakyat Malaysia khususnya Kelantan.
Pengarah Urusan Genting Hotel, Sompoch Hongkittiyanonta berkata, kebanyakan golongan muda dari Kelantan akan menginap dan berhibur di kelab malam hotel.
Menurutnya, Genting Discotheque merupakan kelab malam paling selamat di Sungai Golok kerana pihak pengurusan sentiasa membuat pemeriksaan kepada semua pengunjung yang datang untuk berhibur.
“Pengunjung yang datang untuk berhibur mesti berusia 20 tahun ke atas. Segala jenis dadah juga dilarang untuk dibawa masuk semasa mereka berhibur di sini. Kelab malam ini juga sering dipantau oleh polis tempatan.
“Genting Discotheque mampu memuatkan seramai 300 pelanggan dalam satu-satu masa terutamanya pada malam minggu. Hampir 80 peratus pengunjung berhibur di sini datang dari Malaysia khususnya Kelantan,” katanya ketika ditemui di Genting Hotel di sini semalam.
Sompoch memberitahu, pihaknya menyediakan lokar atau almari yang boleh dikunci di pintu masuk kelab malam itu untuk menyimpan senjata api milik pengunjung.
Menurutnya, ada juga polis dan pegawai kerajaan yang mempunyai lesen untuk memiliki pistol atau senjata api datang untuk berhibur di kelab malam hotel itu.
“Oleh itu, kita menyediakan lokar untuk penyimpanan kerana senjata api tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Genting Discotheque.
“Kelab malam ini dibuka bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi. Tiket untuk masuk ke sini adalah 350 Bath atau RM35 beserta segelas air percuma.
“Perlu diingatkan, pelanggan yang berusia 20 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk. Jadi, tidak benar ada dakwaan yang mengatakan pelajar sekolah datang untuk berhibur di sini,” katanya.
Difahamkan, kelab malam di Genting Hotel merupakan antara tiga buah pub yang popular di Sungai Golok selain Marina Hotel dan Riviera.
Selain itu, terdapat puluhan pub-pub kecil yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk berhibur di sekitar pekan Sungai Golok. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Klau majoriti rakyat kelantan nak berhibur bagai p kelab malam tonggang arak bagai nape pilih pas jadi gomen...baik pilih ph boleh buka dah kelab malam kat kota bharu... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la lain kali jangan dok sekat2 sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
korang ingat ahli2 PAS tak terbeliak mata tengok tetek siam? |
|
|
|
|
|
|
| |
|