View: 6353|Reply: 9
|
“Nak Tak Nak, Suami Memang Kena Dengar Cakap Isteri, Aku Tak Peduli” – Kak KM
[Copy link]
|
|
Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM meluahkan rasa syukur rumah tangga yang dibina bersama suami, Razman Ramli kini sudah menjangkau lebih dua dekad.
Memetik Media Hiburan, Kak KM berkata dia tidak peduli disifatkan dominan dalam rumah tangga memberikan pendapat mengenai suami perlu dengar cakap isteri.
Menurut Kak KM lagi, dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga kesabaran turut menjadi aspek utama.
“Saya bersyukur sebab usia perkahwinan kami kini sudah 22 tahun. Saya anggap ini rezeki, alhamdulillah. Jadi bagi saya dalam sesebuah hubungan itu, yang paling penting kita kena ada rasa sabar. Nak tak nak, saya berpendapat suami memang kena dengar cakap isteri. Aku tak peduli,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata bukan mudah untuk melalui rumah tangga sepanjang 22 tahun dan sudah pasti ada dugaan dalam setiap fasa.
“Bila orang tanya macam mana kami menjaga 22 tahun kehidupan di dalam perkahwinan, ia bukan satu hal yang senang.
“Tempoh lima tahun berkahwin, ada dugaannya. 10 tahun pun ada dugaan tersendiri, begitu juga bila perkahwinan berusia 15 tahun.
“Jadi sekarang kita sudah lepas fasa tersebut. Kuncinya, abang Maman (suami), dengar cakap saya. Ada yang kata saya pun pernah marahkan suami sebelum ini. Itu dua tahun lepas punya cerita. Lebih dua dekad kami bersama, hanya itu sekali situasi tersebut berlaku.
“Tipulah kalau saya cakap sepanjang masa hubungan kami baik, ada pasang surutnya. Kita ada juga juga gaduh dan tidak puas hati dalam hal tertentu.
“Saya ini isteri. Jadi sayalah yang memasak, jaga anak, basuh baju dan sebagainya. Macam orang gaji. Jadi tak kan tak boleh kalau saya nak ada perasaan marah?” katanya.
SUMBER: Media Hiburan, Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Pee Eh End Tea Eh Tea la weh |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm.. tapi somi dia kategori ada muka jugak la |
|
|
|
|
|
|
|
aku perasan lelaki klu dgr cakap bini, hidup rumahtangga lebih stabil. Maybe sebab fokus seorang isteri tu adalah utk family dia sbb tu dunia dia bila dah jadi bini orang. Keputusan y dia buat adalah utk kebaikan keluarga y dia bina. Lelaki mudah sket nk terbabas. Mudah utamakan org luar mcm kengkawan dia dan suka test market.
kebanyakan lah.. bukan 100%. Ada jugak wanita otak ting tong pun y x jadikan keluarga sbg keutamaan.
Pasal siapa kena ikut cakap siapa ni, time will tell. Ada kes terdekat dgn aku, time awal2 kawen dia punyalah dengar cakap laki dia tp setiap keputusan laki dia mcm x dpt result y baik utk keluarga. Pastu lakinya mcm agak memperbodohkan dia gak lah. Naif time tu.... kawen pun usia muda. Then after some years dia sedar lakinya mmg x boleh di ajak berbincang, akan mudah marah kalau nk discuss. Kalau dia decide A, lakinya akan bangkang sedangkan decision A tu lg better dan benefit the family as a whole. It's always like that. Then dia start overruled laki dia punya decision. DUe to that, Alhamdulillah situasi keluarga makin better especially kewangan. Beras pun x putus. Urusan anak2 pun makin senang nak diurus disebabkan decision y dia buat y pada mulanya di bangkang oleh laki dia.
Dari ni buat aku realize not all men are good as leader & as decision maker. For those men better dengar cakap bini lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada betulnya ckp kak KM ni.. kadang laki ni tah pebende je dia buat, tak pikir pjg.. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 12-11-2024 12:05 PM
hahahahaha...
Wakakakkakaaa..... lakinya telo da kena kepit mmg la kena dengo ckp bini. Lgpn bini merangkap mesin ATM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 12-11-2024 08:26 PM
Ibu bapa atuk nenek guru2 org masjid jiran2 driver bas sekolah polis security guard sekolah majikan dll gagal mendidik lelaki menjadi org sampai bini takeover kerja merepair kasi repair suami supaya jadi org, lepas repair dah jadi org dah penat2 repair suami tup2 ada org rampas.
suami2 yg terlajak jadi duda itu adalah rosak habis x boleh direpair sememangnya suami gagal total dan redflag |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah dengar cakap isteri kalau dah namanya biawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Biawak mesti la dgr ckp tuan. Kalau tak, xde makan la nanti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|