CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37943|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Juasseh bakal miliki hospital pakar bernilai RM150 juta

[Copy link]
Post time 11-11-2024 08:49 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar (dua dari kiri) dengan Tan Sri Dr Tan Boon Hock (tiga dari kanan) pada majlis MoU di Seremban, petang tadi, bagi pembinaan hospital pakar di Juasseh Kuala Pilah. - Foto NSTP/Mohd Amin Jalil


SEREMBAN: Sebuah hospital pakar swasta bernilai RM150 jutra bakal dibina di Juasseh, Kuala Pilah pada hujung tahun depan.

Projek di tapak seluas satu hektar di Taman Redani Juasseh itu akan dibangunkan Oval Gallery Sdn Bhd (Oval Gallery) dan Sena Healthcare Services Sdn Bhd (Sena Helthcare).

Pengerusi Oval Gallery, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar berkata hospital itu yang mampu menampung 240 katil, dijangka mula beroperasi pada awal 2028.

Katanya, apabila beroperasi kelak, ia berupaya memberi manfaat kepada lebih daripada 400,000 penduduk di Kuala Pilah dan sekitarnya.

"Kelulusan pra penubuhan hospital telah kami perolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2019.

"Peruntukan modal untuk fasa pertama pembinaan dan pengoperasian hospital dijangka tidak kurang daripada RM150 juta.

"Saya percaya projek ini bukan sahaja akan memberikan impak positif kepada sistem kesihatan setempat, malah membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Oval Gallery dan Sena Healthcare di Galeri Diraja Tuanku Ja'far di sini, lewat petang tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan EXCO Kerajaan Negeri, Teo Kok Seong hadir menyaksikan majlis berkenaan.

Yang turut hadir, Pengerusi Sena Healthcare, Tan Sri Dr Tan Boon Hock.

Aminuddin dalam ucapannya mengalu-alukan pembabitan pihak swasta untuk bersama-sama membangunkan Negeri Sembilan terutama dalam menyediakan kemudahan prasarana kesihatan yang baik.

"Pembabitan pihak swasta dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan ini amat dialu-alukan. Pastinya ia dapat mengurangkan bebanan dan tekanan dihadapi rakyat," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052403 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list