View: 22992|Reply: 21
|
300 pengusaha restoran mamak di Johor cadang naik harga makanan bermula 5 peratus tahun depan
[Copy link]
|
|
Gambar sekadar hiasan
JOHOR BAHRU: Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di negeri ini dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula lima peratus, mulai tahun hadapan.
Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, berkata ia berikutan peningkatan kos operasi disebabkan kenaikan berterusan harga bahan mentah selain pelaksanaan gaji minimum RM1,700 mulai Februari depan.
"Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat tinggi dan dijangka pelaksanaan gaji minimum mulai tahun hadapan, akan melonjakkan lagi kos operasi.
"Selain itu, kami juga perlu mula mencarum pekerja asing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini juga akan menambah kos operasi kami.
"eningkatan kos operasi sebenarnya susulan kenaikan harga bahan mentah berterusan susulan pemansuhan subsidi diesel yang terpaksa diserap kami.
"Bagaimanapun, kami masih tunggu dan lihat sebelum pelaksanaan kenaikan harga makanan bermula lima peratus mulai tahun depan. Ia bergantung kepada keputusan muktamad persatuan induk kami, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)," katanya ketika dihubungi.
Minggu lalu, Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia (PRIM), Datuk J Govindasamy dilaporkan berkata, kadar gaji minimum baharu diumumkan kerajaan akan menyebabkan kenaikan harga makanan antara 20 sehingga 30 peratus.
Beliau dilaporkan berkata, peningkatan dalam kos operasi turut berlaku ketika pelaksanaan gaji minimum RM1,500, pada Mei 2022 lalu.
Pada 18 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari tahun depan.
Dalam pada itu, Hussien berkata, ketika ini kebanyakan premis restoran India Muslim atau mamak menggajikan lebih 60 peratus pekerja asing.
Namun, katanya, berikutan kenaikan kos operasi, kebergantungan terhadap pekerja asing di premis mereka mungkin perlu dikurangkan berikutan menggajikan golongan itu menjadikan kos operasi lebih mahal.
"Bagi setiap pekerja asing kami perlu membayar levi tahunan sebanyak RM2,300 seorang selain kos asrama dan makanan sehingga RM500 seorang sebulan selain gaji bersih mereka. Ini belum termasuk pelaksanaan gaji minimum RM1,700 dan caruman KWSP terhadap mereka nanti.
"Selepas ini, kami perlu mencari lebih ramai pekerja tempatan bagi mengurangkan kos operasi. Kami sanggup menawarkan gaji sehingga RM2,500 sebulan kepada pekerja tempatan, namun tidak ramai yang berminat.
"Kebanyakan generasi muda lebih berminat bekerja di sektor perindustrian dan hanya mereka yang berusia 40 tahun ke atas berminat bekerja di restoran," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
"kita worang masak pakai diesel la kaka..."-Mamak Bangla |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm x bleh la lpk mamak lg lps ni sbb brg makan minum semua da mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Anney, kadawalley, kira...
wunnek, rendek, yenna, amma, serey, anjiwalley anjiwalley purtu malley, kari walley muttek, koli kari, minna kari, kuru yenna amma, ombotti ombotti anjiwalley muttek nallek, nenenenenenene, semua RM25 abang
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi ke yg pergi makan kedai mamak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ok, iols pun dah start slow2 tidak mengunjungi mamak due to pelbagai isu. tp baguslah naikkan, sng iols x fikir dah nak g mamak. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 11-11-2024 04:28 PM
Ada lagi ke yg pergi makan kedai mamak ni?
Jamgan le gitu
Iols ngah mkn tosai ni sambil tunggu anak2 habis kumon |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Sbb aku tak suka makan kat mamak |
|
|
|
|
|
|
|
setelah bertahun-tahun tak makan kat mamak
baru2 ni dah start makan balik kat mamak sek15 BBB
nampak bersih terang cantik
(kawasan masak kat belakang tak tahu lah .. nampak mamak yg bawak keluar makanan lauk pauk berdanak bajunya hahhaa)
telur mata rm1.80
walhaltelur baru rm60 sen sebiji
kalau naik .. jadi berapa pulak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 11-11-2024 06:49 PM
Jamgan le gitu
Iols ngah mkn tosai ni sambil tunggu anak2 habis kumon
Ada penampakan bulu disitu sis |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le aiol setuju jer diarg nak naik harga senang sikit nak elak pergi lps tengok few videos. naik kembang tekak dibuatnya tp tu pun nafsu nak cuba nafi ajak gi juga
Naik la cepat2 weh |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah pun
dah lama tak masuk mamak
lg pun sini kedai melayu bersepah |
|
|
|
|
|
|
|
amboiii bercadang2 plak dia...pdhal confirm sepakat nak naik hrga
lantak laaa...iols bkn pengunjung mamak. |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk malaysia harga makanan utk singapore |
|
|
|
|
|
|
|
Roti canai kosong tada jual
Roti canai pisang bawang sardin ada jual |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 11-11-2024 08:45 PM
Ada penampakan bulu disitu sis
Uols jangan macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku abis kuat takat order teh o ais limau ngan sup daging / ayam tandoori je la kalau kat Pelita shak ale ni. Tapi sejak dah jumpa teh o ais limau sedap...aku beli sup dia je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|