CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5095|Reply: 36

[Tempatan] Gaji T20 dorong rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine

[Copy link]
Post time 4-11-2024 09:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-11-2024 02:02 AM

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia disahkan sebagai Lee Bing Hang dan dipercayai masih hidup serta berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.

Beliau berkata pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, Lee berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersama beliau.

Menjelaskan lebih lanjut Razarudin berkata siasatan mendapati tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807) selain meminati bidang ketenteraan mendorong Lee menyertai perang Ukraine-Rusia sebagai tentera upahan.

"Selain itu, tekanan keluarga dipercayai menyebabkan beliau sanggup menjauhkan diri kerana Lee dibesarkan oleh ibunya di Perlis selepas berpisah dengan bapanya sejak kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau turut mendedahkan Lee menjadi tentera upahan di Ukraine sejak April 2024 selepas membuat permohonan melalui laman sesawang ketenteraan Ukraine dan satu-satunya yang berasal dari Malaysia.


"Beliau mendapat pendidikan A level di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya dan kemudian menyambung pengajian di peringkat ijazah di sebuah kolej di Subang Jaya sebelum berhenti awal tahun ini.


"Pada Mac lepas difahamkan Lee ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air," katanya.


Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemui di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.


Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemui selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

-- BERNAMA






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde y pernah berkawan dengan lee ke masa sekolah / belajar dulu2? Xde kat berita / akhbar cina or cari gold ke pasal lee ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2024 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tawaran gaji yang menarik hingga AS$2,700 sebulan (RM11,807)
-----
La banyak tu je? Akak tengok citer clive owen main berkepuk juta US dollar dapat.  Sesia je kalau mati katak dek baik le kau belajar pandai2 kerja lebih dr tu dpt kat malaysia ni.
Takpelah akak fikir kau minat bidang tentera la, dah lah akak awal2 speku yo yo je yg kau buat medic.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:43 AM | Show all posts
nak jadi tentera upahan ni apa requirements dia??
interested sgt nak tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:50 AM | Show all posts
bg dia maybe dh byk la kot gaji tu...kalau dia sabar sket je blh je dpt gaji byk tu dkt sini...tp minat tentera...jarg chinese nk minat tentera ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tentera upahan macam risik tu i believe. Wonder nape dia tak nak join malaysian army askar melayu. Jaki la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:59 AM | Show all posts
Joriah replied at 5-11-2024 07:56 AM
Dia tentera upahan macam risik tu i believe. Wonder nape dia tak nak join malaysian army askar melay ...

gaji kat malaysia rendah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 12:04 PM | Show all posts
mejaputih replied at 5-11-2024 07:59 AM
gaji kat malaysia rendah.

ye btl. padahal patut askar ni gaji tinggi. diorang pertaruhkan nyawa kot???
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia rasa perang tu mcm main PUBG tu yg seronok
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:36 PM | Show all posts
Kesihan Kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 01:49 PM | Show all posts
delsmomm replied at 4-11-2024 11:43 PM
nak jadi tentera upahan ni apa requirements dia??
interested sgt nak tahu..

ada tu hari russia cari askar tambahan.
i ada ter-online tapi tak submit.
russia tak kisah negara mana janji u datang bagi serve
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 01:51 PM | Show all posts
Joriah replied at 4-11-2024 11:56 PM
Dia tentera upahan macam risik tu i believe. Wonder nape dia tak nak join malaysian army askar melay ...

dia kan non muslim. yang russia tu pun non-muslim
walaupun sepet dan bahasa lain tapi reward takde masalah.
betul2 perform dapat la habuan. tapi kita sini xde
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 01:52 PM | Show all posts
mejaputih replied at 4-11-2024 11:59 PM
gaji kat malaysia rendah.

gaji rendah. pastu belum berperang dah terhempas.
al kisah asset model lama. takde bajet nak tukar. sia sia mati.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
"Pada Mac lepas difahamkan Lee ke United Kingdom untuk mencari pekerjaan di luar negara sebelum menyertai perang Ukraine-Rusia dan tidak merancang pulang ke tanah air," katanya.

Maknanya recruit time dia kat UK la kot kan. Ingat kan ada kuncu2 kat malaysia and dia recruit dr malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Abisla rakyat lapar gaji pergi mohon website
11k itu kecik la tolak tambang pi balik mkn minum berfoya2 transport entertainment abis gitu je atau he mau hijrah terus tinggal mak sorang2 sambut cny
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 03:04 PM | Show all posts
pada pendapat peribadi aku, biarlah dia, jangan balik ke Malaysia je

macam mana kita tolak gang ISIS, kerana takut pengaruh dan kepakaran digunakan di dalam Malaysia, macam tu lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 03:14 PM | Show all posts
Betul jugak, balik Malaysia dengan PSTD lagi....dengar bunyi hon dah macam trigger macam bunyi mesingan..Nak ubah kelaziman masa perang tu agak ada dlm setahun baru boleh nak senyum balik. Dah hari2 tengok mayat kena bom bersepai pelbagai jenis..hati pun dah keras..urat muka pun dah keras,
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 03:17 PM | Show all posts
Edited by melekaifc at 5-11-2024 07:18 AM

ok la tu.tak jejaskan apa2 pon. pilihan dia. macam pilihan yang nak jadi mujahidin nak jadi ISIS tu la. yang bezanya askor upahan dapat gaji


lainla yang melayu jadi barua mossad tu. yang tu patot dicerca.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 03:41 PM | Show all posts
tp ada ke org normal yg hidup nya tenang
dikelilingi kuarga yg bahagia
sanggup pergi ke war zone?
definately budak lee ni da rasa takde jiwa lagi kat msia
its not about money rasanya, apa guna duit kalau hidup huru hara
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082656 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list