View: 4934|Reply: 24
|
“Mereka Bukan Tak Tahu Tapi Buat-Buat Tak Tahu” – Elvina Sifatkan Penyondol Hanya Mahu Hidup Mewah
[Copy link]
|
|
Pelakon, Datin Elvina Mohamad berkata segelintir wanita sanggup merampas suami orang disebabkan terlalu mengejar kehidupan mewah.
Memetik dari HibGlam, pelakon itu berkata ada wanita sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri sedangkan perkahwinan bukan seindah yang dibayangkan.
"Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat, nak hidup mewah hanya sondol sahaja suami orang."
Pelakon itu turut berkata kehidupan selepas berkahwin tidaklah seindah yang disangka.
"Bila masuk perkahwinan, semua itu tak seindah seperti yang mereka sangka. Saya sudah tujuh tahun berkahwin dan macam-macam sudah kami lalui.
Elvina turut mendedahkan dia masih berterusan menerima mesej yang ‘pelik’ dalam media sosialnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga."
"Masa kami kerap kongsi (foto bersama suami) orang masih mesej. Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau."
Pelakon itu turut menasihati para wanita supaya memiliki kerjaya sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada pendapatan suami.
Sebagai info tambahan, Datin Elvina Mohamad dan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2018 lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.
SUMBER: Hibglam, Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia biz permotoran..
Dlm drama astero ternyata bahagia dia jd penyondol..bole tahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Takda benda yang kekal di dunia ini.
2. Laki kau boleh curang legally sebanyak ampat kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Sendu thread ni...moh iols kasi up
Laki dia mcm takde cermin..bini kemaen lawo pun gatei juga..tak silap yg hr tu yg cuba menyondol tu ejen insurans khen |
|
|
|
|
|
|
|
cantik..berlakon pun ok..layan jugak kat astro dia jadi madu sarimah.. bini muda ngada2.. |
|
|
|
|
|
|
|
K tapi tak semua pompuan sanggup berlakikan suami gigi planta |
|
|
|
|
|
|
|
memanh bengap la suami sheols kalau curang jua |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la ada babi nak sondol laki dia ni nak tak juga rupa babi tu. Mampu tak bersaing. Dia ni bukan takat lawa. Lemah lembut cara ketawa pun comel suara pun sedap je di dengar. Badan pun masih hot. |
|
|
|
|
|
|
|
Her husband pun tak semenggah jugak.
Anak Borhan mmg sejenis perangai including si adik |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni pun sipi-sipi je dulu...nasib jodoh kuat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Elvina ni mmg cantik. Tp wife cantik, seksi tak dpt menjamin suami tak akan curang. Kadang skandal tak lawa mana pun. More kpd ikut nafsu je nak test mcm2 jenis pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Byk dah aku jumpa takat bini meletops ni, pencaras muka awam buat derk je mampu meneruskan misi mencaras dgn jayanya |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik si Elvina ni tapi husband dia dulu pun ada cerita hampir hampir jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kat ofis aku
ada sorang ni
1st wife lawa
serai
kawin 2nd wife lawa gebu kaya raya
ada lagi yg ke 3 ke 4
baru2 ni dapat baby laki tu
pegi keja bwk keta mewah
sbb pak mentua sayang benau ke dia
ala2 mertua Abg Jamil
tp elvina ni mmg lawa lah
ala2 Jue Aziz pya lawa
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu dia pun hampir tersungkur dek pencaras jahat kan. sib baik selamat rumahtangganya.
aku suka tgk dia lembut je berlakon. pandai ek carik laki kaya buat suami.
baideway Pengerusi Pencaras tetap jatuh kpd penyanyi bernombor. |
|
|
|
|
|
|
|
ko mention gigi planta dah kenapa aku terbayang muka avatar @jihyomelly
|
|
|
|
|
|
|
| |
|