“Itu cuma prop” Walau bagaimanapun, pengurus kepada Fattah Amin, Sakirin Acha tampil menjelaskan dakwaan dan menafikan pelakon itu menerima hadiah kereta berkenaan daripada pengusaha kedai emas tersebut. Menurut Acha, kereta Lamborghini berwarna ungu itu dipandu Fattah sebagai sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu. Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.
Acha juga pada masa yang sama memohon maaf sekiranya ramai pihak yang salah anggap dengan video yang tular.
ISU BIRKIN DAN BAG JENAMA MEWAH Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohamad Amin memuat naik sebuah sketsa hasil kolaborasi bersama usahawan yang dikenali sebagai Hanum Subri di Instagram miliknya. Paling tersentuh adalah ucapan aktor berusia 34 tahun itu yang tujukan khas buat bonda tercintanya iaitu Azizah Abdul Ghani. Ibu, setiap langkah along diiringi doa dan kasih ibu. tak ada apa yang mampu membalas untuk semua itu. Tetapi semoga hadiah ini buat ibu rasa dihargai. Terima kasih sebab jadi kekuatan along. Sayang ibu, selalu dan selamanya.
Pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tersebut bersama adik perempuannya iaitu Raihan Amin kemudian berpelukan dengan ibu mereka dan menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama mewah. Dalam masa yang sama, Fattah juga menitipkan nasihat tentang rezeki yang diberi Allah SWT dan kepentingan mengimbangi antara dunia serta akhirat. Betul, rezeki tak pernah salah alamat. Kita tolong orang dapat hadiah, tapi hadiah kali ini memang lain dari yang lain. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insya-Allah urusan kita dipermudahkan juga.
|