CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43509|Reply: 1

[Kedah] Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

[Copy link]
Post time 31-10-2024 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 14 tahun maut, empat cedera terkena renjatan elektrik

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



GAMBAR hiasan



Kuala Nerang: Seorang remaja lelaki meninggal dunia manakala empat rakannya masing-masing melecur di kaki, badan dan muka selepas terkena renjatan elektrik di kawasan bendang, Kampung Tanjung Putus, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Hariyz Akief Noraimi, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad, disahkan meninggal dunia manakala empat rakannya yang berusia 15, 16 dan 19 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Mohd Yukhrul Mohd Yusoff berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang semalam, ketika mangsa bersama empat rakannya pergi ke kawasan itu untuk mengambil umpan pancing tiruan yang tersangkut di kabel elektrik.

Beliau berkata, seorang daripada rakan mangsa berusia 15 tahun itu naik di atas tempat duduk motosikal dan menggunakan sebatang galah aluminium sebelum cuba mengait umpan tiruan itu.

"Mangsa bersama rakan-rakannya yang lain memegang motosikal supaya tidak terjatuh.

"Ketika cuba mengait umpan tiruan itu, tiba-tiba kelima-limanya terkena renjatan elektrik menyebabkan mereka pengsan.

"Keempat-empat rakan-rakannya sedar kembali manakala mangsa masih tidak sedarkan diri," katanya dihubungi, hari ini.

Mohd Yukhrul berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang oleh penduduk kampung dan setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Difahamkan, empat rakan mangsa kemudian dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut.



Disiarkan pada: Oktober 31, 2024 @ 11:10am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1150033/remaja-14-tahun-maut-empat-cedera-terkena-renjatan-elektrik




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2024 01:20 PM | Show all posts

Seorang remaja lelaki maut manakala empat yang lain cedera selepas terkena renjatan elektrik di kawasan sawah, di Kampung Tanjung Putus, di sini, pada Rabu.


kredit - sinar harian.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.244636 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list