View: 33056|Reply: 7
|
Punca gegaran, bunyi letupan di Ipoh masih belum dapat kenal pasti dan kekal misteri - Polis
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Gegaran dan bunyi letupan kuat yang mengejutkan penduduk di Ipoh, Perak pada Isnin lalu masih kekal misteri apabila punca sebenar kejadian masih belum dapat kenal pasti.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kejadian itu
“Kenyataan rasmi sudah dikeluarkan sebelum ini, namun perkara itu masih kekal misteri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Terdahulu, Ayob Khan menyaksikan serah terima tugas antara Pemangku Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby kepada Datuk Mohd. Yusoff Mamat yang dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, gegaran kuat diikuti bunyi dentuman yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Ipoh dan kawasan berdekatan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di Indonesia.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati tiada aktiviti seismik dikesan di Ipoh meskipun terdapat kejadian gempa bumi di Halmahera, Indonesia pada pukul 11.24 pagi hari sama.
SUMBER : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ini baru betul-betul misteri |
|
|
|
|
|
|
|
negeri meletup dan bergegar. rakyat terkejut dan takut. ni kejadian berulang, bukan kali pertama, dan jawapan pihak berkuasa..
misteri???
akjlhflakjgh;asdjkfh;asojkhgpaoljkfaljkhfljkfngljkahfsdal;kjf |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau begini jawapannya. Daripada berkata bohong, lebih baik diam.
Supaya organisasi kepolisian kelihatan bermaruah |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap: Ini baru betul-betul misteri
tauke dadah tersenyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahli geologist takde yg pegi sana ke? Ke semua kena katup mulut? |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pula la yg diletupkan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah tu gua beratus metres dibawah prrmukaan tanah yang runtuh dan satu hari nanti Ipoh akan ada satu sinkhole yang terlalu besar! |
|
|
|
|
|
|
| |
|