View: 33040|Reply: 52
|
“Aku Slow Down Sebab Dia Dah Boleh Bayar Komitmen” – Dulu Tak Hormat, Isteri Mengaku Auto ‘Respect’ Lepas Gaji Suami Naik
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform media sosial mengenai kisah seorang isteri yang tidak menghormati suami kerana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan hantaran itu raih perhatian ramai.
Difahamkan dari laporan mStar, seorang wanita memaklumkan dia hilang rasa hormat selepas merasakan dirinya seorang provider dan segala perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
"Dulu gaji aku lagi banyak daripada laki aku, jadi semua komitmen aku yang kena bayar. Sampai satu tahap, rasa hilang hormat sebab rasa aku yang jadi provider. Bila gaduh, asyik ungkit je."
Bagaimanapun, kata wanita itu, selepas si suami menukar tempat kerja, dia telah menerima bayaran tinggi, bahkan lebih banyak berbanding pendapatan isteri.
Susulan suami sudah mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, wanita tersebut mula menghormati suami kerana tidak perlu menggunakan gajinya untuk perbelanjaan keluarga.
"Aku slow down dan mula hormat dia sebab dia dah boleh bayar komitmen kami. Kami perempuan bukannya nak duit laki, kami nak laki yang tahu tanggungjawab."
Oleh kerana hantaran tersebut tular di platform media sosial, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakannya dan menyelar wanita tersebut kerana meletakkan nilai wang lebih tinggi daripada maruah suami.
"Saya sebagai isteri rasa teruk bila awak hanya hormat suami berdasarkan gaji.
"Motif kahwin lelaki miskin? Ke lelaki gaji besar pun tak nak dekat kau?'
SUMBER : Mstar, Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat, biawak pun ada dua jantina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh betul ape. Lelaki sekarang suka sangat amik mudah hal nafkah. Sampai bini hilang hormat. Kalau ikut Islam memang laki kena bayar semua benda. |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni betul pn. kalo semua ditanggung isteri, mmg blh hilg rasa hormat. ape point jd ketua keluarga kalo xblh provide necessity? ni aku ckp utk lelaki yg amek mudah bab tanggungjwb sbb tao bini blh provide ya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lepas ni gaji lagi tinggi daripada laki, hilang hormat balik ke apa? Sebelum kawen, agaknye fikir chenta saja dah cukup, tak kisah gaji lagi tinggi daripada lelaki? Dah kawen baru sedar chenta saja tak cukup? Kalau laki bewak hidup tu lain cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perempuan tu faham tahap gaji laki dia setara mana boleh pergi sure dia tak ungkit malah beri semangat untuk berusaha cari gaji lebih baik. Bagi aku kalau nafkah suami beri lepas hal2 basic ok je yang lebih2 aku bayar. Dah keinginan |
|
|
|
|
|
|
|
Masa baru kahwin gaji dah tinggi daripada suami ke? Gaji dan kenaikan pangkat adalah rezeki. Zaman sekarang dalam bidang professional gaji lelaki dan perempuan adalah sama. Dia tahu kan laki dia juga compete dengan perempuan lain untuk post gaji lebih tinggi tu. Saingan adalah sengit.Zaman dahulu kala tak ada situasi ini kerana ramai wanita adalah surirumah sepenuh masa. Zaman sekarang semua orang mengejar karier. |
|
|
|
|
|
|
|
Heshe just be honest... Perempuan apabila ada duit depa rarely menipu tentang lelaki... |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti suami byk duit jadi isu lain pulak nk tambah kuota.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo sampai semua komitmen bini kena bayar mmg harus la hilang respect. dah sah2 kewajipan suami tu sediakan semua benda2 yg basic mcm rumah, makanan, pakaian, pengangkutan..benda2 basic ni semua mahal. satu beban pada bini nk bayar semua lagi2 nk tanggung makan laki..laki makan bukan serupa budak makan. laki makan mcm seploh org anak punya makan..lagi2 kalo gemuk
|
|
|
|
|
|
|
|
kan sistur, bila tak sekufu pendapatan
tau la gaji sheols tinggi waktu tu, hidup tersepit, tapi boleh jadi halal untuk derhaka kat suami ke?
baik cerai je waktu tu daripada tambah dosa kat suami
laki dah gaji tinggi baru slow down. ceh.. sembang..
kalau laki tu biawak hidup iye la maki, bising bab nafkah. ni masing2 keje, soal rezeki. bukannya dia ngangkang ngeram telur.
ni sampai bukak story kat socmed, nak enable diri dia betul dan tak bersalah ke?
sorry to say tapi perangai gini elok cerai, kahwin dengan orang lain.
sebab bab gini, otak dan akhlak si isteri, tak sekufu dengan suami. rendah sangat
tuhan baru uji sikit hidup berumah tangga bab duit
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe akak ni tak cerita kot yg husband dia maybe takde effort nk cari duit tambahan utk bantu, tu yg dia rengsa kot. tp iols rasa ni mcm more to masalah komunikasi. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba tanya .. duit perempuan tu abis utk belanja siapa.. kalo utk anak2 dan keluarga.. bukan ke utk kesenangan bersama. tp suami tak boleh la lps tangan selama nya.. kena berubah..
bila pendapatan suami dah stabil, yg untung anak2 dpt membesar nak belajar mcm anak org lain. tk de lah berdikit2 isteri nak cover semua.
tu sebab sedih dgr cerita isteri yg takde income.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada 2 keadaan yg org kena consider bila si isteri hilang hormat pd suami dlm kes mcm ni..
1) suami mmg xde effort nak tambah pendapatan sampai basic needs rumahtangga si isteri kena tanggung semuanya.. at the same time si isteri still expected to do the household chores by herself tanpa pertolongan si suami.. kalo kes mcm ni, i don't blame the wife..
2) si isteri mmg jenis ''duit aku, duit aku.. duit kau, duit aku".. so bila income si suami rendah drpd dia dan hanya mampu fulfill basic needs rumahtangga tp x blh fulfill dia punya kehendak, dia dah x blh nak respect lelaki yg bukan bersifat provider pada dia.. kalo yg ni, mmg the wife needs to change her attitude..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Acik2kepam at 29-10-2024 09:55 AM
Dah kenapa netizen nak merentan plak
Maruah lelaki adalah bekerja
Ingat kedudukan lelaki lebih tinggi drpd pompuan tu saja2 ke?
Jadi kalau bukan provider tak pelik la kalau bini sendiri pun hilang rasa hormat.
Bekerja tak semestinya perlu keluar rumah,zaman ni berlambak pekerjaan boleh dibuat kat rumah.
Boleh je tanak kerja tp ambil alih la kerja2 surirumah tu bukannya melingkau tak buat apa2.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku yg penting effort. kalau si isteri nampak effort suami utk cari nafkah lebih, dia pun mesti lembut hati. tapi kalau jenis lelaki tak keje, harapkan duit bini. pastu gunakan agama utk justify, tu memang patut kena maki je. |
|
|
|
|
|
|
|
klu perempuuan tak boleh terima gaji suami lebih kecil dari suami, jangalah kawin dengan lelaki miskin itu. Kesalahan perempuan kawin dengan lelaki gaji kecil tetapi berharap lelaki akan berubah...lelaki tu tak akan berubah punyalah...
klu berpendapat dengan dorongan isteri, dia akan berubah, maka itu kesilapan kerana ada faktor lain yg mempengaruhi corak kehidupan manusia.. Ada yang dapat berubah tetapi banyak kes ikut nasiblah... rezekikan
Klu dah sampai hilang hormat, sepatutnya perkawinan tu dah tak bermakna, ceraai sahajalah. Ini dah hilang hormat tetapi masih pula bersama.. akhirnya salah diri sendiri juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Aku slow down dan mula hormat dia sebab dia dah boleh bayar komitmen kami. Kami perempuan bukannya nak duit laki, kami nak laki yang tahu tanggungjawab."
Aku x faham ayat ni. Issue dia skrg, laki gaji sikit ke, laki x bertanggungjawab?
Dah kalau laki dia gaji sikit.. mcm mana nak dipertanggungjawabkan semua komitmen atas bahu dia?? Dah tentu2 tak cukup kan?? So kalau x cukup, maksud nya laki dia x bertanggungjawab ke?
Pmpuan yg mindset dia mcm pmpuan ni, aku cadangkan kawen lah dgn lelaki yg kaya raya betul2. Yg klu suddenly jobless ke, tetap ada duit dlm bank juta2. Cuma satu je lah, pmpuan ni cukup sempurna cantik bak bidadari ke nak tangkap jerung? |
|
|
|
|
|
|
| |
|