CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29011|Reply: 17

Mierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan ‘Pelaris’ Drama

[Copy link]
Post time 16-10-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Mierul Aiman mengakui tidak kisah untuk menayang tubuh badannya dalam mana-mana naskhah yang dibintangi demi menjayakan watak.


Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata, dia melakukan hal itu selari dengan tuntutan dalam karya dan menggalas tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.


"Saya percaya itu adalah watak sahaja, apabila saya jadi penonton melihat semula paparan itu saya hanya enjoy."


"Saya tidak memikirkan tentang tanggapan orang, saya hanya fikir tentang skrip sahaja. Apa objektif naskhah tersebut."


"Saya mahu lakukan dan diberikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya."


Mierul berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Project: Exit yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Selasa.







Disoal adakah babak menayang badan sebagai cara untuk melariskan drama, Mierul menjawab skrip sesebuah karya sudah ditulis terlebih dahulu sebelum mencari pelakon.


"Saya percaya skrip ditulis sebelum memilih karakter, bukan pilih karakter dahulu kemudian baru tulis skrip."


Sementara itu, berkongsi mengenai cabaran dalam Project: Exit, juara Hero Remaja 2021 ini akui sedikit mencabar untuk mendalami watak bernama Hadi.


"Cabaran dalam drama ini banyak kerana naskhah ini bertemakan kesihatan mental. Dialog yang ingin dilontarkan perlu selari dengan perasaan pelakon tersebut."


"Jadi, saya bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menghayati karakter Hadi dalam nashkah Project: Exit."


"Bagi saya, rasa dan perasaan merupakan tiang seri dalam sesebuah naskhah. Kalau tidak sampaikan dengan perasaan yang tepat, saya tidak akan merasakan kepuasan."


Sumber : Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 11:11 PM | Show all posts
yg ineh berapa juta likes kalau buat live?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 02:33 PM | Show all posts
Tunjuklah semua leak kan. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk tuntutan watak terbaik ko g Hollywood je mierul..senang nk tayang whole body pun ok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Body lawa harus ler nak menayang. Kalo body cam syuk kim salam jer la. Tapi rupa mcm dak mierul mmg sesuai pon utk watak abam bomba, mat terap, longkai, keje sawit & kontrak. Bukan nak down grade tapi dia mmg nampak effortless utk watak cenggitu. Kalo dak mierul dressed up & speaking pon herlok je kalo jadi t20.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi masih berketul tayang je la. Bukan nampak pusat pun kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2024 09:07 PM | Show all posts
Ade yg terliur ke tengok?????
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:11 PM | Show all posts
Nape aku rase die ni xhensem lansung ye.
Mmg pompuan malaysia suke muke rempit camni ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 18-10-2024 09:11 PM
Nape aku rase die ni xhensem lansung ye.
Mmg pompuan malaysia suke muke rempit camni ke?

Aah x ensem mula2 pelik bila dia mnng hero

Tp bila tgk lama2 not bad jgkla ada kelebihan dia… selalu org yg melampau ensemnya lama2 tgk jd biasa n jemu….
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalnya tak minat dia ni walaupun org kagumi jaw dia la apa la.. tp lepas tgk lakonan dia, respek la jugak sbb mcm talented la untuk seorang bbnu.. keep it up dik
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa xde xpe dekkkk asal Ada bakat lakonan... Jgn jadi Tibaiunta! Cukop2 la yg dah sedia Ada ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:08 PM | Show all posts
Edited by liyamariska at 19-10-2024 01:53 PM

dia ni kan ada kes berkaitan buli dulu2?

ai lagi suka dgn pelakon yg bebetul berbakat tanpa bersandarkan paras rupa...

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg ke yg penah buli org masa sekolah tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
muka ok ok je tapi body agak mantop meoww
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:54 PM | Show all posts
Edited by Rhyno at 19-10-2024 01:01 PM
liyamariska replied at 19-10-2024 12:08 PM
dia ni kan ada kes membuli masa di sekolah kn?

ai lagi suka dgn pelakon yg bebetul berbakat tanpa b ...

Mierul Aiman

https://iluminasi.com/bm/8-fakta ... k-high-council.html


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 17-10-2024 10:39 PM
Body lawa harus ler nak menayang. Kalo body cam syuk kim salam jer la. Tapi rupa mcm dak mierul mmg  ...

Setuju sgt2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Modal dia jawline yg tak kena kat muka.
Tu pun dh buat pompuan2 bbnu menggelitat.
Tp akak tak nafikan kau pandai berlakon.
Apa kata stop buat muka acah2 terpaling jawline, cerita pasal tayang body bagai tp kau fokus berlakon sungguh2. Menang award. Kumpul duit sementara laku ni utk kaya raya. Tu jauh lebih baik dik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 09:33 AM | Show all posts
urmm, aku tengok high council dulu pun sebab nak tengok diorang ni bergusti sambil shirtless je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.118882 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list