CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36841|Reply: 22

Bicara kes cedera, khianat Norjuma mula April, Mei tahun depan

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Bicara kes cedera, khianat Norjuma mula April, Mei tahun depan

https://www.freemalaysiatoday.co ... il-mei-tahun-depan/

Bernama
15 Oct 2024, 04:37 PM


Hakim menolak perbincaraan Norjuma Habib Mohamed mencederakan dua individu dan khianat dibicarakan bersama kerana saksi dan mangsa adalah berbeza. (Gambar Bernama)

Bekas personaliti televisyen itu didakwa tendang ‘pak guard’; tampar pipi seorang wanita; dan merosakkan palang keluar kondominium.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, yang didakwa menyebabkan kecederaan ke atas dua individu dan melakukan khianat, akan bermula pada April dan Mei tahun hadapan, di tiga Mahkamah Majistret.

Bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram, Majistret Illi Marisqa Khalizan menetapkan perbicaraan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 April 2025.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields, pada 3 petang, 29 Mac 2018, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding di hadapan Majistret Haneefa Arifin pula, mahkamah menetapkan 13 dan 14 Mei depan untuk perbicaraan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi, pada 8.43 malam, 21 Feb 2017, mengikut seksyen sama.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan pula menetapkan 5 dan 6 Mei 2025 bagi perbicaraan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan serta kamera litar tertutup (CCTV) milik Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju, pada 7.44 dan 7.45 malam pada 28 Julai 2023, yang menyebabkan kerugian keseluruhan RM4,700.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan dihadapi Norjuma yang didakwa menyebabkan kecederaan dengan menampar pipi serta mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di kondominium sama, pada 10.30 pagi, 18 Okt 2021, mahkamah menetapkan 11 Nov untuk serahan dokumen dan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri, Amritpreet Kaur dan Pegawai Pendakwa Shazwan Shahrun, manakala Norjuma diwakili peguam Faiz Kamal Jaafar.

Terdahulu, Syafika Azwa dan Amritpreet memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan Norjuma untuk semua kes dibicarakan bersama ditolak.

Permohonan itu ditolak kerana saksi dan mangsa dalam kes itu adalah berbeza, kata Amritpreet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak esbok eh

ayah dia ke tu
sian lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 15-10-2024 05:05 PM
nampak esbok eh

ayah dia ke tu

Kannn. Acik gundu rupanya
Xde duit pegi slimming centre mcm bru lps beranak gmbr dia viral dulu2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian tgk apaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cik habib dah nampak berumur..dah late 60’s rasanya sbb juma dah 44 thn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak 4 segi mcm spongebob lah plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 06:43 PM | Show all posts
dia ni kesian juga sampai jadi mcm ni. dia ada masalah jiwa or mental sebab keluarga ke apa? tapi kalau salah, tetap salah la. biar bicara betul2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bapak dia rsnya
Bapak dia mcm mamak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni Jumanji ke atau acik kentin mrsm pengkalan chepa? Eh sian bapak dia mcm baru lepas baik stroke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Suatu ketika dia wanita yang sangat cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Domoknye Juma, jln senget2 dah mcm belas birasdah, sekian body shaming. Yg pokcik sebelah tu ayah Juma ke? Sian plak tgknye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah stop makan ubat ke??? haiyokkkk banyak takutlah ini macam
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi actually iols simpati dengan dia...Inilah yang dikatakan bila Tuhan nak beri tiada siapa boleh menidakkannya..Dan bila Tuhan nak tarik anytime bebeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:09 AM | Show all posts
makita replied at 15-10-2024 12:06 PM
Ni Jumanji ke atau acik kentin mrsm pengkalan chepa? Eh sian bapak dia mcm baru lepas baik stroke

lol . kenapa acik kantik mrsm pengkalan chepa jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:51 AM | Show all posts
monsterwife replied at 15-10-2024 08:03 PM
Bukan bapak dia rsnya
Bapak dia mcm mamak

Tapi kalau tgk gambar kawen dia dulu, ada iras pakcik yg dlm gambar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh! Sudah petak badannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 12:38 PM | Show all posts
ada budak sama uni juma kata juma dulu bau keti
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 12:43 PM | Show all posts
epysha replied at 16-10-2024 12:38 PM
ada budak sama uni juma kata juma dulu bau keti

mungkin budak tu terkena time hormon x betul, badan jadi berbau. hari2 biasa, takde pulak dia bau bawang ke hangit ke.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jadi macamni mungkin sbb anak2 dipisahkan dari dia kot. Stress, mental xdapat jumpa anak2. Igt dl ada kes dia tendang pagar rumah ex dia kan nk tgk anak2 tp dihalang.. Pergi sekolah pn dihalang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan si benon coway tadi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054693 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list