View: 25708|Reply: 6
|
“Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya. Saya tahu benda itu dilaknat" – Abby Abadi nafi cukur kening
[Copy link]
|
|
Didakwa mencukur kening sehingga nipis untuk kelihatan lebih cantik, pelakon Abby Abadi menyangkal tuduhan tersebut dan menegaskan semua itu kurniaan Tuhan sejak azali.
Ujar Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia tidak pernah berbuat seperti didakwa malah bentuk keningnya memang sudah terbentuk sebegitu persis ibunya.
“Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya, memang turun temurun daripada emak saya.
“Ini tak buat apa pun, nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening saya ni?,” katanya menerusi video dalam TikTok bagi menjawab dakwaan tersebut.
Pelakon filem Gerak Khas The Movie itu memberitahu, dia tidak akan sesekali melanggar hukum agama.
“Saya tahu cukur kening tu dilaknat, saya tak buat.
“Awak jangan risau. Doakan kita sama-sama berjaya menggapai syurga Allah,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, terdapat seorang individu tampil bertanya tentang kening Abby yang kelihatan halus seperti diukir nipis menerusi ruangan komen sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.
“Cukur kening ke puan? Cuba tak payah cukur kening tu, nampak lagi elok.
“Maaf atas apa yang saya cakap ini buat puan terasa,” ujar individu terbabit.
Pun begitu, ramai juga peminat yang mempertahankan ibu kepada tiga orang anak itu malah mengenali kening pelakon kesayangan mereka itu tidak pernah berubah sejak dari awal kemunculan sebagai selebriti.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalaupun dia pernah cukur kening di zaman kejahilannya & dia bertaubat & tak mengulanginya, itu dah cukup. Lain la kalau sekarang pun dia cukur kening. Alahai netizen pun terpaling ahli sorga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kening dia mmg mcm tu dari zaman sekolah. She pernah cerita she kena rotan ustazah sbb ustazah igt dia cabut kening |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk je netijen ni.hempuk kang pakai tudung labuh hijau yebby baru tahu |
|
|
|
|
|
|
|
kisahnyaaa......netizen pun ahli sorga sgt kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Dr zaman elite da mcm ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
gig
gig
bijak benar kau bela diri
berdusta berpoya bagai segala tak mengapa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|