CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 29034|Reply: 75

Debat duda-duda ‘hot’ untuk dihalalkan - “Paling tak bermasalah Fattah dan Hisyam. Dua-dua memang perlu direbut!"

[Copy link]
Post time 14-10-2024 10:15 AM | Show all posts |Read mode






SEJAK bulan lalu, satu demi satu cerita perceraian artis perlu ditelan dan dihadam. Selepas seorang bercerai, timbul pula cerita artis lain naik mahkamah.


Paling menggemparkan tahun ini pastinya kisah perceraian Fattah Amin dan Nur Fazura. Masakan tidak, rumah tangga yang sering terlihat bahagia sehingga dijadikan contoh akhirnya bernoktah dengan perpisahan.


Khabarnya, ramai yang menitiskan air mata apabila menerima khabar duka mengenai rumah tangga mereka pada 7 Oktober lalu.


Sehingga kini, doa masih membanjiri media sosial yang berharap tempoh idah memberi sinar baharu kepada hubungan mereka untuk kembali rujuk.


Bukan itu sahaja, perceraian mereka turut mencetuskan fenomena ‘team Fattah’ dan ‘team Fazura’ sehingga menjadi bahan perdebatan ramai termasuk golongan selebriti dalam media sosial.


Pastinya, isu paling banyak dibahaskan ramai adalah berkenaan Fazura tidak menerima duit raya daripada bekas suaminya.


Itu antara pendedahan yang ‘rare’ pernah dikongsi selebriti tanah air selepas bercerai.


Selalunya, isu nafkah tetapi kali ini sebaliknya pula yang dikongsi.


Meski pihak Fazura menghuraikan satu demi satu kesengsaraan yang ditanggungnya, tumpuan utama tetap diberikan kepada Fattah yang boleh dikatakan menang kategori simpati dan sokongan daripada netizen.


Semuanya, disebabkan prinsipnya tidak mahu membalas tindakan bekas isterinya yang membuka aib dan membuat pendedahan tentang punca perceraian mereka.


Jika dilihat trend artis bercerai sebelum ini, pihak lelaki selalunya menjadi mangsa kecaman netizen tetapi kali ini berbeza pula penangannya sehingga muncul trend wanita mahu bekerja keras untuk menghalalkan Fattah.


“Kerja keras semua, ada Fattah Amin yang perlu kita halalkan,” demikian antara komen netizen.


Dalam masa sama, populariti Fattah juga tidak menjunam jatuh seperti artis lain selepas bercerai, sebaliknya dihujani jutaan sokongan sehingga dilabel sebagai duda paling ‘hot’ tahun ini!







Bagi netizen, Fattah, 35, dilihat sebagai duda paling ‘green flag’ (tidak bermasalah) jika dibandingkan dengan artis lelaki lain yang bercerai sebelum ini.


Jadi, perkara tersebut meletakkan Fattah mendahului selebriti lain yang turut tersenarai di belakangnya.


Antara yang berada dalam carta duda ‘hot’ ialah Hisyam Hamid, Sharnaaz Ahmad, Aliff Aziz dan Syamsul Yusof.


“Paling tak bermasalah Fattah dan Hisyam. Dua-dua memang perlu direbut!


“Fattah macam pisang goreng panas selepas bercerai, jadi ‘auto’ kacak.


“Lain macam market Fattah sekarang, mencanak-canak!” seloroh netizen.


Dalam masa sama, ada juga yang berseloroh kemunculan barisan duda ‘hot’ bakal menggugat selebriti lelaki yang masih bujang seperti Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Zul Ariffin.







Begitulah penangan Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin yang masih mengunci mulut daripada terus melondehkan aib bekas isterinya sehingga hari ini.


Mungkin Fattah boleh memikirkan idea untuk menggunakan populariti yang diraihnya kini untuk menjana pendapatan. Bukan mengambil kesempatan tetapi sekadar menggunakan peluang yang jarang dimiliki.


Cuma, janganlah ada pihak yang mengambil kesempatan mempergunakan pelakon Hero Seorang Cinderella itu demi kepentingan sendiri.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 10:33 AM | Show all posts
kita doa doa kan je la duda duda hot ni semua dapat berjumpa dengan jodoh masing2 semula
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Hisyam tu dah ada pompuan gila sawan yg dok angau kat dia dah. Tunggu hisyam onzzz je
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:27 AM | Show all posts
Edited by MsKoreanfanatic at 14-10-2024 11:29 AM

Baru tau Hisyam tu duda... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen berlakikn bewak je yg kuat bfantasi ni.
Mangkuk ayun STD bgerak pn fefek merembes janji bukan laki sendri.
Choi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hisham hamid ni i pernah jumpa in real.memang handsome dan ada karakter.
Sama mcm aaron aziz.Kedua2 ada karismatik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngai dah lock patahamin
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 12:16 PM | Show all posts
apa benda la....entah apa2 nitizen....

aku baca komen ada FA untuk di halalkan tu mcm annoying betul la....korang dah kenapa..???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 12:17 PM | Show all posts

Duda boyan tu hanya sesuai utk bohsia yg ingin kembali kepangkal jalan.

Suami yg baik hanya utk isteri yang baik (formula pemuja abdolpatah) .. bluekkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:16 PM | Show all posts
omg.. dorg2 nie kemain ye.. gediks nyaaaa..
kalah abg bomba yg korg jerit2 kn tu.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-10-2024 10:59 AM
Hisyam tu dah ada pompuan gila sawan yg dok angau kat dia dah. Tunggu hisyam onzzz je

kat tt kan tp dia mcm liza teluk intan ...jenis makan ubat gak cuma tk agresif mcm liza teluk sbb liza tu dh ade mamat lapar perhatian dok melayan nk naik kan view
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamfazura hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lega masuk forum ada jugak geng2 tak side fattah..iols akui fazura perangai x semenggah jugak dulu..Tapi i tak rasa Fattah tu 100persen suci murni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:28 PM | Show all posts
gelenyarnyaaa
ni mcm M Nasir kematian isteri dulu la ni
bkn main acik2 gatai nak berlaki kan beliau
sekali diam2 Marlia Musa dapat
senyap semua
+ ada tengok iview MM psl MNasir
ttp ye ada je MM tak puas hati dgn laki dia
benda2 kecik je pun MM bagi contoh je
dh nama manusia mananya sempurna
bini je tau mcm mana
tp sbb MNasir kayo rayo
bodoh la klu nak tinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Duda terpaling tunggang serai + terpaling kemaruk limelight jatuh kepadaaaaaaa..........

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 14-10-2024 12:17 PM
Duda boyan tu hanya sesuai utk bohsia yg ingin kembali kepangkal jalan.

Suami yg baik hanya utk is ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts

Pompuan gila sawan...




Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 03:49 PM | Show all posts
hhrrmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
How abt Janda2 hotz.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_premierleag tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.108548 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list