CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49340|Reply: 14

Bimbangkan keberkatan rezeki, Noki K-Clique enggan bawa watak romantis, bersentuhan

[Copy link]
Post time 12-10-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode





Bimbangkan keberkatan rezeki daripada sumber lakonan, anggota kumpulan hip hop, K-Clique yang kini bergelar pelakon, Noki kini lebih berhati-hati memilih naskhah.


Noki yang pulang menunaikan umrah pada Februari lalu mengelak daripada membawakan watak romantik yang memerlukan adegan bersentuhan.


Artis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu berkata, dia tidak bimbang keputusannya kurang disenangi kerana lebih percaya kepada rezeki.


  



"Kalau boleh saya cuba elak bawa watak romantik dan percintaan kerana biasanya watak ini membabitkan adegan bersentuhan.


"Saya tak mahu bawakan watak seperti ini lagi kerana saya risaukan keberkatan sumber rezeki diperoleh.


"Cari duit dengan hasil lakonan, tetapi ketepikan soal halal haram dan saling bersentuhan, jadi saya khuatir keberkatan rezeki," katanya yang ditemui pada majlis tayangan filem Reeza GTR arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, baru-baru ini.


Noki berkata, keputusan berubah dibuat lapan bulan sebelum menunaikan umrah.


"Saya tak kisah kalau ada produksi takut panggil saya disebabkan syarat ditetapkan kerana saya percaya rezeki daripada Allah.


"Alhamdulillah, setakat ini, rezeki dalam lakonan sentiasa ada, sekarang saya sedang menjalani dua penggambaran serentak iaitu drama untuk platform VIU dan filem arahan Syafiq Yusof," katanya.


Sementara itu, berkongsi mengenai filem Reeza GTR terbitan Primeworks Studios & Grand Brilliance, Noki berkata, itu adalah filem aksi pertama lakonannya. Reeza GTR adalah filem kedua lakonannya selepas filem War On Terror: KL Anarki.


Noki berkata, dia seronok dapat beraksi dalam filem Reeza GTR kerana dapat melakonkan sendiri babak aksi.


Katanya, dia tidak menjalani uji bakat, sebaliknya watak ditawarkan oleh pengarah Ahmad Idham.


"Ini kali pertama saya bawakan watak antagonis, tak susah pun untuk bawakan watak Andika. Mungkin sebelum ini saya memang ada sikap panas baran, jadi lebih mudah menghayati.


"Tapi, bila usia sudah semakin meningkat dan mendekatkan diri kepada Allah, perlahan-lahan saya cuba ubah sikap panas baran," katanya.




Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu yg bermisai tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:18 AM | Show all posts
dari taon lepas, taon sebelum, dan taon ni,
topik yg sama jerrr cite dia ni.
xde soalan lain ke reporter nak tanya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:40 AM | Show all posts
Bullshit. Tgk muka pun dah tau kaki zina.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 11:30 AM | Show all posts
ala aliff satar takde masalah pun jd hero, watak laki bini bagai. takde pun kena pegang2 pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 01:36 PM | Show all posts
Sendawg replied at 14-10-2024 08:40 AM
Bullshit. Tgk muka pun dah tau kaki zina.

woww.. terer ek uols baca air muka dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bila tengok gambar noki kat atas ni dgn statement beliau...umpama baca statement retis wanita..saya nak lelaki beriman sambil posing menongeng..same vibe..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jihah_kudat replied at 14-10-2024 05:31 PM
bila tengok gambar noki kat atas ni dgn statement beliau...umpama baca statement retis wanita..saya  ...


Haha ryula..yg dia ni pulak sambil tyg buah dada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 01:20 AM | Show all posts
lasagna replied at 14-10-2024 08:18 AM
dari taon lepas, taon sebelum, dan taon ni,
topik yg sama jerrr cite dia ni.
xde soalan lain ke rep ...

Topik skema dlm dunia entertainment Msia slain psl khwin, branak & cerai
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:20 AM | Show all posts
jihah_kudat replied at 14-10-2024 05:31 PM
bila tengok gambar noki kat atas ni dgn statement beliau...umpama baca statement retis wanita..saya  ...

Kan? Tpi psl dia ni llaki, jdi d maafkn netz lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 01:21 AM | Show all posts
Sendawg replied at 14-10-2024 08:40 AM
Bullshit. Tgk muka pun dah tau kaki zina.

Mcmna uol boleh tahu psl ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:49 AM | Show all posts
ponen nye la dressing ko
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:15 AM | Show all posts
gideoncross replied at 15-10-2024 01:20 AM
Topik skema dlm dunia entertainment Msia slain psl khwin, branak & cerai

kannn! itu jer laa.. nk kata ada lagu baru elek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:22 AM | Show all posts
gideoncross replied at 15-10-2024 01:21 AM
Mcmna uol boleh tahu psl ni?

Kamon la, dunia artis kot. Sedangkan yang alim pun rupanya tunggang agama sbb gila seks.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 11:39 PM | Show all posts
lasagna replied at 15-10-2024 08:15 AM
kannn! itu jer laa.. nk kata ada lagu baru elek..

Pstu nak crita psl talent, nnti fans mrah, ktanya brdosa. Jdi kna lh up psl hal dlm klambu sbb tu je hal yg fans suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.198853 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list