View: 17144|Reply: 9
|
‘Penyondol tak salah, lelaki yang buka ruang’
[Copy link]
|
|
‘Penyondol tak salah, lelaki yang buka ruang’
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... ki-yang-buka-ruang/
Oleh NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI
30 September 2024, 12:28 pm
Reen Rahim.
PETALING JAYA – Terpanggil mengulas isu penyondol, pelakon Reen Rahim menegaskan orang ketiga yang didakwa sebagai punca kemelut dalam sesebuah perkahwinan tidak harus dipersalahkan.
Sebaliknya, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 35, menuding jari kepada lelaki atau golongan suami yang memberi ruang kepada orang ketiga untuk masuk dalam hubungan rumah tangga.
“Kalau kena sondol bukan salah penyondol.
“Salah lelaki yang buka ruang bagi penyondol masuk menyondol,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon drama Sahara itu turut memberi amaran kepada suami selain melepaskan penyondol kepada ahli keluarganya untuk diuruskan.
“Jadi, awas ya bukan aku kerjakan penyondol.
“Aku suruh mak mentua, adik-adik ipar, biras-biras dan anak-anak buah sondol si penyondol,” ujarnya.
Kenyataan tersebut dibuat selepas seorang peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami, Hazim Zainal tanpa gangguan penyondol.
“Jom netizen semua kita sama-sama doakan hubungan suami isteri ini (Reen dan Hazim) tidak digoda penyondol,” tulis peminat.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 24 Disember 2022.
Mereka belum dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko tengok juga la mcmna jenis pelakor dan penyondol tu.. Klu jenis yg tak malu memang itu takde otak nak pikir |
|
|
|
|
|
|
|
laki pulak jwab : dah laki memang ada ruang 4 nk buek cemano ? |
|
|
|
|
|
|
|
Berangan betul ko ni tah2 keluarga mertua ko pun sama2 sokong laki ko dan penyondol tu
Ko tu sapa jerr? Orang luar tau tak
Ko cuma dianggap keluarga bila hari last ramadon.
Time ni semua adalah keluarga jd kena la bantu bantuin buat kerja rumah
Tapi time pembahagian harta ke apa jd org luar laa yee
So toksah nk berangan keluarga mertua akan sebelahkan menantu bila anak dia buat hal
|
|
|
|
|
|
|
|
Rugilah tak dapat nikmat payung emas dekat syurga nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 30-9-2024 08:27 PM
Berangan betul ko ni tah2 keluarga mertua ko pun sama2 sokong laki ko dan penyondol tu
Ko tu sapa j ...
Wrong answer. Keluarga iols sebelahkan kakak ipar kalau abang2 aku buat perangai hokkey. |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 30-9-2024 08:39 PM
Wrong answer. Keluarga iols sebelahkan kakak ipar kalau abang2 aku buat perangai hokkey.
Kalau abang2 buat perangai,maknanya belum lagi kan hihihi
Aku ni dh byk dah tgk ujung2 mmg memihak kat si abang juga.
Alasan nk jaga hati si abang tu, nih dorang sendiri la yg ckp.
Kang nnt kata tak support dia la apa la mcm kes influencer laki bini yg tgh hangat skrg ni tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik trus jadikn yg Halal yg kdua, klau stakat geli2, baik xyah |
|
|
|
|
|
|
|
jmn semua hjg jari
tuamuda lawa huduh kembgkempis maleis nonmaleis sunat lumsunat
depa pduli apa
jmn now kan byk setan |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi andartu ja senang x payah memikir masalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|