CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11121|Reply: 0

[Kedah] 'Jangan gugat NAFAS, hanya perlu inovasi bagi sistem edar baja' -- PeSAWAH

[Copy link]
Post time 17-9-2024 11:33 AM | Show all posts |Read mode
'Jangan gugat NAFAS, hanya perlu inovasi bagi sistem edar baja' - PeSAWAH


Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 17, 2024 @ 11:15am [email protected]







Gambar hiasan





ALOR SETAR: Sistem pengedaran bekalan baja di negara ini memerlukan inovasi tanpa perlu menggugat kedudukan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai pengedar baja subsidi di seluruh negara.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata pengedaran baja di negara ini tidak wajar diberikan kuota kepada syarikat swasta seperti yang berlaku pada benih padi sah (BPS) bagi menjaga kepentingan hampir sejuta peladang seluruh negara yang menjadi ahli koperasi dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Beliau berkata, NAFAS menerusi kilangnya menghasilkan baja untuk petani serta pesawah seluruh negara yang kebanyakannya adalah Bumiputera.

"Kenapa perlu digambarkan seperti ada kartel yang monopoli, adakah ia untuk buka tender dan beri ruang kepada syarikat swasta lain yang ahlinya bukan petani mendapat tender itu.

"Apa yang berlaku sekarang seolah-olah dibuat naratif yang NAFAS gagal mengedar baja supaya dapat diberikan peluang tender ini kepada syarikat lain. Kita lihat apa yang berlaku kepada BPS apabila kira-kira 60 peratus diberikan kepada syarikat swasta dan hanya sedikit saja diberi kepada anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Akhirnya mereka ambil peluang buat untung lebih dan yang menjadi mangsa adalah pesawah yang perlu tanggung kenaikan harga BPS, tetapi jika GLC yang pegang keadaan itu tidak berlaku kerana kita ada nazir dan audit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan media baru-baru ini, mahu amalan lama membabitkan kartel baja dihentikan.

Beliau berkata, usaha itu memerlukan tekad politik dan ketegasan menteri berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, kementerian tidak wajar mengambil tindakan memberikan tender kepada syarikat luar kerana ia akan menjejaskan petanu.

Sebagai contoh, katanya, terdapat kawasan di Selangor yang diberikan kontrak pengagihan baja kepada pihak swasta yang akhirnya berlaku kelewatan pengagihan di kawasan itu.

Selain itu, pihaknya turut menggesa kerajaan menyemak dan memastikan bekalan baja subsidi kepada pesawah dibekalkan mengikut masa dan menepati jadual penanaman ditetapkan.

"Masalah itu dikesan berpunca daripada kelewatan tawaran kontrak baharu, Surat Setuju Terima (SST) pembekalan baja kepada NAFAS untuk disalurkan kepada petani.

"Kontrak ini diperbaharui setiap lima musim iaitu dalam tempoh dua tahun setengah kepada NAFAS yang berakhir pada Jun lalu.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) sepatutnya tahu tempoh tamat kontrak dan wajar membuat persediaan awal dengan sambungan kontrak baharu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, NAFAS memerlukan reformasi atau rombakan dalam kepimpinannya supaya dapat diurus tadbir dengan baik.

"Kita tengok ada yang tidak berfungsi dengan baik, mungkin ada perlembagaan yang perlu diubah terutama membabitkan kepimpinan yang berusia 70 tahun ke atas tidak boleh pegang jawatan.

"NAFAS juga perlu diberi suntikan dana bagi meningkatkan inovasi penghasilan baja organik, selain baja induk seperti ditetapkan kerajaan.

"Perkara seperti ini perlu dilihat sujpaya petani mempunyai pilihan untuk pertanian lebih lestari dan efektif dalam meningkatkan hasil mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1299286/jangan-gugat-nafas-hanya-perlu-inovasi-bagi-sistem-edar-baja-pesawah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.075094 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list